SANDAKAN: Jambatan baharu Kampung Gelam Laut di sini berjaya disiapkan dengan usaha bersama penduduk kampung secara bergotong-royong.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew berkata, jambatan sepanjang 150 kaki itu sudah pasti akan memberikan manfaat besar kepada penduduk kampung.
“Terima kasih kepada Ketua Kampung dan penduduk atas kerjasama dalam menjayakan pembaikan jambatan ini.
“Usaha bersama seumpamanya adalah penting bagi menjadikan komuniti kita lebih kuat dan selamat,” katanya.
Beliau memberikan jaminan akan terus komited memastikan infrastruktur asas di kawasan Karamunting sentiasa diberi perhatian.
–Yap Siong Han
Add Comment