KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Panglima Juliah Salag antara tetamu kehormat yang menghadiri Majlis Resepsi Diplomatik Dalam Rangka Peringatan Hari Ulang Tahun Ke-78 Kemerdekaan Republik Indonesia di sini pada malam Rabu.
Majlis itu turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni; Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya.
Selain upacara ‘toast’ oleh Juhar dan Konsul Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu Bapak Rafail Walangitan, majlis resepsi itu turut diserikan dengan upacara pemotongan Tumpeng dan persembahan seni.
— TAMAT
Add Comment