Home » Kebersamaan dan Halatuju Wanita dalam Mendepani PRN-17
Politik Ucapan

Kebersamaan dan Halatuju Wanita dalam Mendepani PRN-17

Ed. Farizah Edeh @ Yayang Ed merupakan Ketua Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Klias.Beliau merupakan salah satu pembahas usul di Persidangan Agung Tahunan 2025 (PAT 2025) Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam sejahtera, salam perjuangan, Salam Sabah Maju jaya

dan Salam sayang buat semua perwakilan yang hadir.

Terima kasih kepada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi
Tetap.
(Yang di hormati YAB Presiden parti serta pimpinan Negeri )

Yang di kasihi barisan pimpinan wanita PGRS negeri yang di ketuai oleh Ybhg Datuk Redonah Bahanda, para perwakilan
wanita pejuang bangsa, serta hadirin sekalian.(YAB Presiden tadi kita sudah mendengar kelima-lima pembahas berpantun jadi memandangkan saya pembahas terakhir,saya pun ingin berpantun)

Yunai Bisaya antad do beaufort,
Leman kitei sampai mitu,
Bediri ku di sini ani panuh effort,
Mogowit Sunduwan kaisaan om jitu.

Gasak17 diberi nama,
Semboyan berbunyi bila-bila masa,
Ayuh wanita siap sedia,
Menangkan calon dan parti kita.

Datuk Redonah manis berwibawa,
Semangat wanita menjulang tinggi,
Gagasan rakyat pilihan utama,
Pastikan memerintah PRN nanti.

Sidang perwakilan yang di hormati sekalian, oku Ed. Farizah Edeh @ yayang Ed Ketua Pergerakan Wanita Bahagian Klias
nombor keahlianku GR 204156 Perwakilan sekalian hari ini kita berkumpul bukan sekadar berbicara tentang politik,tetapi datang di sini dengan semangat tekad dan suara menyusun langkah,menyatukan hati untuk memperkukuh halatuju wanita dalam menghadapi pilihan raya Negeri sabah ke 17.
(VT di skrin- jumlah pengundi wanita, pengundi lelaki =
jumlah keseluruhan pengundi seluruh sabah)

Menurut statistik terkini Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Sabah sehingga Mei 2025, hampir 49% daripada jumlah pengundi di seluruh Sabah adalah dikalangan wanita.

Yang mana berjumlah sebanyak 875086 (lapan ratus tujuh puluh lima ribu lapan puluh enam orang) Ini bukanlah angka kecil perwakilan sekalian.

Ini adalah suara, ini adalah kuasa yang ada pada Wanita.
49% Saya yakin Wanita yang berada di dalam dewan ini adalah di antara yang saya sebutkan sebentar tadi.

Bertemu,Berkumpul,Berhimpun di sini datang daripada jauh dan dekat demi halatuju Wanita dalam PRN-17.

Dari awal tadi saya bertemu dengan pemimpin-pemimpin kita serta sahabat taulan seperjuangan dengan tujuan,matlamat serta
misi yang sama iaitu demi cinta,kasih sayang ,kesepaduan didalam kebersamaan kita semua.

Ini lah yang terjadi dan sedang berlaku ketika ini didalam dewan ini untuk membuktikan dan merungkaikan perasaan kita kepada pemimpin yang kita sayangi terutamanya kepada ketua Wanita kita Ybhg Datuk Redonah Bahanda serta semestinya kesetiaan kita kepada YAB Presiden parti kita yang kita kasihi dan sayangi.


Sidang perwakilan sekalian,bila berbicara soal Wanita ini ,Kita sebenarnya bukan hanya sekadar tulang belakang,tetapi kita
ialah sisi kiri dan kanan,depan dan belakang,mata dan telinga bicara,tapi kepada pemimpin kita.kehebatan Wanita bukan hanya pada riuh pada diam nya yang membawa perubahan.

Dari pisuk-pisuk dapur wanita bukan sahaja sebagai isteri dan ibu, tetapi Wanita juga merupakan insan sebagai penyambung suara Rakyat dan penyuluh jalan masa depan.Biar hanya berselipar jepun tetapi sekali bersuara semangatnya menggegar dunia.Tidak dinafikan bahawa penglibatan wanita menjadi benteng pertahanan kekuatan parti kita.


Hakikatnya turun padang itu Wanita, merunding itu Wanita,lebih dari cukup kebalnya Wanita demi kesetiaan kepada pemimpin dan parti .kami yakin dengan kebijaksanaan dan sifat penyayang yang ada pada YAB Presiden yang kita sayangi,agar suara kita di dengari hari ini.Kami Wanita bersumpah setia untuk berkerja keras demi memastikan calon daripada Wanita menang dalam PRN-17, begitu juga demi memastikan kemenangan semua calon kita.


Kerana itulah kita wanita harus bekerjasama,saling mempercayai untuk menggalas amanah dan tanggungjawab
untuk memastikan kemenangan parti kita. Perwakilan sekalian,saya mahu tanya ni kamu jawab aaaa


Tahukah dimanakah letaknya kekuatan wanita.Di huruf ”W”nya kah atau dihuruf ”A”nya kah.Bukan pada w nya bukan
juga pada A nya ,’Tetapi kekuatan wanita pada 4k kesetiaan,kesepaduan,kebersamaan & keseimbangan.Itulah kekuatan Wanita saya simpulkan.

TINGGI-TINGGI GUNUNG KINABALU
TINGGI LAGI SAYANG SAMA KAMU
AYUH SEMUA KITA KERJA DULU
DEMI PARTI KITA
KITA KAN BERSATU
Heiii…
WANITA-WANITA PUN SUDAH SEDIA
GERAK KERJA TURUN NAIK RUMAH
DIKEJAR ANJING ITU SUDAH BIASA
TAPI TETAP SENYUM RAMAH
”SAYANG SAYANG SAYANG EHH…CUKUP CUKUP
SUDAH…HAA.”


Suka kamu nyanyi2 aaa,awas aaa bubar saja dewan pastikan
kita kerja habis-habisan.

Para Perwakilan sekalian,kita bukan hanya sebagai pengikut,tetapi kita sebagai pelengkap.Wanita juga merupakan jambatan antara generasi,antara kaum,antara desa dan bandar.Kerana itulah Wanita layak untuk duduk sama rendah,berdiri sama tinggi dengan pemimpin lelaki.

Oleh yang demikian,YAB Presiden parti yang kita kasihi dan sayangi besar2 saya di sini,besar lagi harapan saya dengarkan
lah suara hati kami,pandang-pandang lah sekeliling,kami Wanita punya keinginan,punya matlamat bukan untuk kepentingan peribadi semata tetapi untuk melengkapi setiap kekurangan.

Kalau bukan sekarang bila lagi? kalau bukan wanita bersuara siapa lagi? saya merayu kepada YAB Presiden bukan minta lebih tetapi kalau kurang tambahlah lagi,tidak banyak tapi tidak juga sedikit,yang pasti suara kami di dalam Dewan ini di
ambil kira dan di dengari.Kami mahukan Ketua Wanita kami Ybhg Datuk Redonah Bahanda di calonkan di Dun Bandau
pada PRN-17 ini.

***YBHG DATUK KETUA,YOU NEVER WALK ALONE
MANA KLIAS
BANGUNNNNNN BANDAU
AYUH,SULAMAN,SUNGAI SIBUGA,KEDAMAIAN DAN SEMUA
YANG BERADA DI DALAM DEWAN INI KITA LAUNGKAN
SOKONGAN KEPADA YBHG DATUK REDONAH BAHANDA
SEBAGAI CALON DUN BANDAU PRN-17 INI SEMUA
SOKONG???
KEKAL DALAM POSISI MASING-MASING
(VT) DI SKRIN

(SAYA KATA GAGASAN;SEMUA PERWAKILAN LAUNGKAN
MENANG,MENANG,MENANG)

YAB Presiden parti yang kami sayangi bukan sekadar cakap kosong tapi doa,impian,harapan dan taat setia kami agar
Ketua Wanita kami sebaris bersama pemimpin lain untuk melengkapi dan mewakili suara isi hati Wanita daripada 73
Dun YAB Presiden yang kami hormati dan kasihi serta perwakilan sekalian,sebelum saya mengakhiri perbahasan pada hari
ini,saya ingin membuat 1 kejutan istimewa memandangkan saya ialah pembahas terakhir pada kali ini,saya ingin mempersembahkan hasil nukilan ciptaan saya untuk menyatakan rasa kasih,sayang dan cinta nya kami kepada Ketua Wanita kami Ybhg Datuk Redonah Bahanda.

Bait-bait lirik yang mempunyai maksud yang sangat mendalam, YAB Presiden walaupun saya bukan lah seorang penyanyi,saya
hanya seorang komposer dan penulis lirik sahaja tetapi saya ingin menyampaikan luahan isi hati kami semua Wanita yang
berada di dalam dewan ini.Ayuh sama-sama kita saksikan visual ini
(VT)
SUMPAH SETIA
Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalammualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.Mohon mencadang

*Ed. Farizah Edeh @ Yayang Ed merupakan Ketua Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Klias.Beliau merupakan salah satu pembahas usul di Persidangan Agung Tahunan 2025 (PAT 2025) Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah