Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya.
Terima kasih Puan Pengerusi Tetap,
Yang Dihormati, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor , Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), merangkap Ketua Menteri Sabah,
Yang Disayangi Yang Berbahagia Datuk Redonah Bahanda, Ketua Wanita Gagasan Rakyat,
Wakil-Wakil AMT ,Rakan-rakan EXCO, Ketua-ketua Wanita Bahagian, para pemerhati serta para perwakilan, wanita inpirasi , wanita cantik-cantik dan wanita luar biasa.
Syukur Alhamdulillah, kita berhimpun dalam semangat persaudaraan, perjuangan dan pengorbanan demi negeri tercinta,Sabah tanah airku. Saya berdiri di sini membawa usul bertajuk “Pengaruh dan Impak Media Sosial dalam Politik Negeri.”
Para perwakilan yang saya kasihi…bayangkan begini
Dulu, kalau kita mahu sampaikan sesuatu berita,kita tulis surat, tunggu posmen datang, kadang-kadang seminggu baru sampai. Tapi hari ini, dengan satu tekan di telefon bimbit, berita boleh sampai bukan saja ke kampung seberang bukit, tapi ke seluruh dunia ,dalam masa lima saat saja.
Kalau dulu kita menjerit di pentas ceramah untuk didengar oleh 500 orang, hari ini cukup dengan satu video 30 saat di TikTok, suara kita boleh didengar oleh 500,000 orang. Bahkan, kalau bijak buat konten,lima juta pun boleh capai.
Para perwakilan sekalian, Itulah kuasa media sosial ,ibarat parang moden dalam tangan pejuang masa kini. Tajam, pantas, dan berkesan , tetapi kalau kita tak tahu guna, parang itu boleh jadi senjata makan tuan.
Sebagai anak Sabah dan sebahagian daripada generasi X yang menyaksikan sendiri perubahan arus politik negara sejak tahun 2000-an, saya ingin menegaskan: Media sosial bukan lagi ruang hiburan semata-mata, ia adalah medan perjuangan, tempat pembentukan persepsi, medan menjawab tohmahan dan medan menyalurkan fakta.
Jika pada tahun 1998, MIRC dan ICQ digunakan untuk memecah dominasi media arus perdana, dan pada 2008, Facebook menjadi titik tolak perubahan PRU-12 — hari ini, TikTok, Instagram, dan WhatsApp adalah ‘parlimen digital’ yang tidak boleh kita abaikan.
Wahai perwakilan sekalian, tahukah anda seramai 80% rakyat Malaysia menggunakan media sosial setiap hari? Majoritinya adalah orang-orang muda, pewaris kepimpinan hari ini.
Namun, penglibatan kita sebagai ahli parti, sebagai pemimpin akar umbi, masih longgar. Suara kita tenggelam. Naratif kita tidak sampai. Fakta kita tidak viral.
Inilah kelemahan yang perlu kita baiki, bukan sekadar dengan kata-kata, tetapi dengan tindakan strategik.
Maka Saya ingin mengusulkan tiga perkara utama:
Pertama, Penubuhan Akademi Latihan Gagasan Rakyat :
Di mana obkektif utama adalah untuk melatih semua jentera termasuk Wanita, Pemuda, Beliawanis, agar celik digital, cekap menghasilkan kandungan, dan tahu menangani serangan siber secara berstrategi. Ini bukan latihan elit,ini untuk semua peringkat, termasuk ahli di kampung, di pulau, dan di kawasan pedalaman.
Kedua, Strategi Penyaluran Maklumat Berasaskan Fakta
Kita perlu menyampaikan kejayaan kerajaan GRS di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dengan fakta yang mudah dihadam oleh rakyat.
Contohnya:
– RM1.5 juta diperuntukkan kepada persatuan wanita.
– RM6.36 juta kepada JHEWA, RM700,000 kepada MPWS.
– Program Rumah Mesra SMJ, SYUKUR, pelaburan asing dan usaha pengurangan miskin tegar.
Ini bukan cerita rekaan. Ini pencapaian sebenar. Tapi siapa tahu, kalau tidak dikongsikan?
Ketiga,Penegasan Naratif Melawan Fitnah Digital
Isu air, seperti elektrik, jalan berlubang bukan baru. Masalah air kita warisi sejak zaman kerajaan lama.
Untuk makluman para perwakikan sekalian,Kapasiti bekalan air Cuma 1,400 juta liter sehari, sedangkan permintaan mencecah 1,600 juta liter. Permintaan yang bertambah ini telah menyumbang kepada qdefisit 200 juta liter sehari! Belum termasuk kes sambungan haram, pencemaran sungai, dan legasi kontrak-kontrak lama yang ditamatkan terburu-buru oleh pentadbiran Warisan, menyebabkan kerajaan hari ini terpaksa bayar pampasan RM315 juta.
Mujurlah, Kerajaan GRS plus pimpinan Ketua Menteri kita tidak duduk diam:
– RM320 juta diperuntukkan untuk selenggara loji dan naik taraf sistem.
– Projek seperti Loji Kogopon 2, Loji Kasigui, empangan Ulu Padas, paip Telibong-Sepanggar sedang dan akan berjalan.
Kita perlu ceritakan kepada rakyat — kerja membaiki sedang berjalan, bukan retorik, bukan janji.
Fitnah, video manipulasi, dan klip propaganda pembangkang berlegar setiap hari di TikTok, Facebook, WhatsApp.
Kalau kita hanya diam dan mengharap rakyat ‘faham sendiri’, kita sedang menyerahkan Sabah kepada tangan yang salah.
kalau kita babau, kita akan beri mereka kemenangan percuma. Kita mau hilang kuasa? atau kekal menjadi Kerajaan ?
Sudah tiba masanya kita berubah. Jangan biarkan pembangkang mendominasi dunia maya. Kita , sebagai Kerajaan hari ini mesti jadi juara naratif.
Justeru saya ingin mencadangkan supaya:
Parti Gagasan Rakyat Sabah mewujudkan satu Akademi Latihan Media Digital Parti
yang menyediakan latihan asas dan lanjutan kepada semua ahli parti, terutamanya wanita dan golongan muda, supaya dapat:
– Menghasilkan konten digital berimpak tinggi
– Menjawab tohmahan dengan bijak
– Menguasai media sosial dengan fakta, bukan emosi
Kita tidak mahu ahli yang hanya ‘scroll’ tanpa ‘engage’.
Kita tidak mahu lagi ketua penerangan yang tidak aktif di platform maya.
Kita mahu jeneral digital, pejuang maya ,dari setiap kampung dan daerah.
Para perwakilan sekalian,
Hari ini, kita tidak sekadar bermesyuarat. Kita sedang mencorak masa depan.
Kita bukan hanya membentang usul tetapi membina asas perjuangan digital.
Kita bukan hanya menyuarakan sokongan tetapi menuntut kepercayaan kepada wanita sebagai agen perubahan.
Kita ada suara. Kita ada fakta. Kita ada semangat yang membara yang takkan pudar,
Apa yang kita perlukan sekarang adalah keberanian untuk ke depan dan kecekapan menguasai ruang digital.
Kerana medan politik hari ini tidak lagi berada hanya di pentas ceramah,ia hidup di skrin telefon rakyat.
Saya percaya dan yakin, dengan sokongan padu seluruh ahli wanita Gagasan Rakyat,kita mampu membina kekuatan baharu yang bukan sahaja lantang di dewan, tetapi juga berpengaruh di dunia maya.
Kita tidak akan mundur.
Kita akan mara bersama kepimpinan YAB Ketua Menteri dan bersama Ketua Wanita kita ,Datuk Redonah Bahanda.
Sebelum saya mengundur diri, terimalah rangkap pantun sebagai penutup bicara saya:
Gagasan Rakyat tempat berpaut,
Wanita bangkit, tidak terleka.
Biar lawan bersilat mulut,
Kita bersenjata dengan fakta.
Teguh berjuang untuk negeri,
Bersama Hajiji pimpin lagenda.
PRN menjelang, kita berseri,
Wanita Gagasan bukan biasa-biasa!
Dengan ini, saya menyusun sepuluh jari, memohon agar usul ini disokong, diterima, dan dilaksanakan demi memperkasa kekuatan parti di era digital dan mendekati rakyat dari kota hingga ke kampung.
Insha Allah, jika ada umur Panjang kita jumpa lagi di tahun depan, di dewan yang sama, Kerajaan yang sama , Ketua Menteri yang sama serta wakil rakyat yang baru tidak lain dan tidak bukan YB Datuk Redonah Bahanda.
Sekian terima kasih.
*Puan Lailawati @Julie Binti Datuk Ahmad Bahrom Titingan merupakan Exco Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) merangkap Ketua Penerangan Gagasan Rakyat N21 Luyang. Beliau merupakan salah satu pembahas usul di Persidangan Agung Tahunan 2025 (PAT 2025) Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah

























Add Comment