Home » Kekal dan selenggara bangunan bersejarah di setiap daerah – Yusof
Berita Gagasan Rakyat Politik

Kekal dan selenggara bangunan bersejarah di setiap daerah – Yusof

Yusof berkata demikian dalam Ucapan Perbahasan Belanjawan Sabah 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

KOTA KINABALU: Setiap daerah atau Pekan di negeri ini wajar untuk mengekalkan bangunan bersejarah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Yusof Yacob bekata, bangunan berkenaan harus dijaga dan diselenggara seterusnya dijadikan sebagai produk pelancongan.

“Di Sipitang, saya telah memohon supaya bangunan pejabat daerah lama dikekalkan.

“Bangunan itu adalah satu-satunya kemudahan peninggalan kerajaan British dan boleh dijadikan produk pelancongan,” katanya dalam Ucapan Perbahasan Belanjawan Sabah 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau memohon dana dari kerajaan dalam sekitar RM4 juta untuk mengekalkan struktur dan bentuk lama bangunan itu, seterusnya dijadikan sebagai ‘heritage building’ sebagai galeri daerah dimana informasi Sipitang boleh dikumpul di bangunan berkenaan.

Selain itu katanya, Sindumin kini sudah layak untuk memilik bangunan Mahkamah Anak Negeri (MAN) sendiri, memandangkan kini kemudahan itu menumpang di bangunan urusetia daerah yang dalam keadaan naif.

“Saya mohon dana RM210 juta dapat diberikan kepada Dewan Undangan Negeri Sindumin untuk pembinaan bangunan MAN Sindumin,” katanya.

Beliau juga mengharapkan bekalan air yang sering terjejas di Sipitang dapat diatasi kerana banyak kawasan perumahan baharu perlu sambungan bekalan air.

–Yap Siong Han