Home » Kekalkan keharmonian kaum dan kestabilan politik di Sabah:Maijol
Berita GRS Politik

Kekalkan keharmonian kaum dan kestabilan politik di Sabah:Maijol

TERIMA KASIH:Maijol berfoto kenangan bersama masyarakat Islam ketika menghadiri rumah terbuka di sekitar Bandau.

BANDAU: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) N6 Bandau Datuk Maijol Mahap, memberi jaminan komitmen kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk meneruskan usaha mengekalkan keharmonian kaum dan kestabilan politik di Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi GRS N6 Bandau dan berkata demikian selepas berkunjung ke beberapa rumah terbuka Hariraya Aidilfitri sekitar kawasan Bandau.

Maijol menekankan bahawa kejayaan Sabah mengekalkan perpaduan adalah hasil kerjasama erat semua pihak dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Dasar inklusif GRS seperti pembangunan infrastruktur, pendidikan, dan peluang ekonomi saksama telah menyatukan rakyat tanpa mengira kaum atau agama,” ujarnya.

Di Bandau, kata Maijol, semangat muhibah antara masyarakat Dusun, Bajau, Suluk, Cina, Rungus dan etnik lain menjadi contoh terbaik kejayaan model perpaduan di Sabah.


“Sambutan Aidilfitri tahun ini mengingatkan kita tentang nilai toleransi dan kesederhanaan yang sejajar dengan visi ‘Sabah Maju Jaya’,” tambahnya.

Maijol juga mengajak rakyat merenung makna Syawal sebagai momentum memohon maaf, merapatkan silaturahim, dan saling bantu membantu.


“Dengan sokongan padu rakyat, GRS akan terus memacu kemajuan tanpa mengabaikan mana-mana kelompok,” katanya.

Sempena Hariraya Aidilfitri, beliau mengucapkan Selamat Hari Raya kepada umat Islam dan menghargai sumbangan semua pihak dalam mempromosikan keharmonian kaum dan agama di Bandau dan seluruh Sabah.

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment