Home » Kerajaan negeri sumbang RM110,000 untuk Anugerah Kewartawanan Kinabalu
Berita GRS

Kerajaan negeri sumbang RM110,000 untuk Anugerah Kewartawanan Kinabalu

SERAH: Hajiji (kiri) menyerahkan replika cek kepada Mariah, sambil disaksikan Lucy (kanan).

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyumbang sebanyak RM110,000 untuk Anugerah Kewartawanan Kinabalu tahun ini, meningkat berbanding RM100,000 tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan sumbangan itu kepada Persatuan Wartawan Sabah (SJA) selaku penganjur anugerah itu pada Majlis Hari Raya Aidilfitri Ketua Menteri Bersama Rakan Media di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu pada Sabtu.

Pengarah Media dan Komunikasi Jabatan Ketua Menteri, Datuk Lucy Irene Yong dalam ucapannya berkata, Majlis Hari Raya Aidilfitri itu dihoskan khas oleh Ketua Menteri khusus untuk para pengamal media.

Katanya, Hajiji dan kerajaan negeri amat menghargai peranan dan kerjasama pihak media, yang terus memberi sokongan dan membantu melaporkan program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Menurutnya, sambutan tahun ini berbeza daripada tahun sebelumnya, kerana ia diadakan di Menara Kinabalu yang mempunyai dewan yang cantik dan indah.

Turut hadir di majlis itu ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, Pengarah Penerangan Negeri, Jainisah Mohd Noor, Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Negeri Sabah, Mohd.Yusni Mohamed Ali, Presiden SJA, Mariah Doksil, Presiden Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA), Jimmy Goh, Ketua-Ketua Pengarang, Ketua-Ketua Biro akhbar dan portal berita.

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment