Home » Kesihatan mental jadi keutamaan KPMKR dalam pimpinan James Ratib
Berita GRS Politik

Kesihatan mental jadi keutamaan KPMKR dalam pimpinan James Ratib

KUNJUNGAN: Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa menerima kunjungan hormat daripada James bagi membincangkan pelbagai isu kesihatan awam di Sabah terutamanya berkaitan infrastruktur dan kemudahan kesihatan.

KOTA KINABALU: Kesihatan mental kini menjadi fokus utama Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah, dengan pelbagai inisiatif dilaksana yang diterajui Datuk James Ratib bagi memperkukuh kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Kementerian menjalin kerjasama erat dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk memperluas perkhidmatan inklusif dan terapi komuniti selari dengan usaha meningkatkan kesedaran dan capaian rawatan psikososial.

James turut merasmikan Kolokium Kesihatan Awam Sabah Kali Ke-17 dan menyeru agar isu kesihatan mental diletakkan sebagai komponen penting dalam agenda pembangunan sejagat.

Beliau juga menggesa kerajaan persekutuan menyemak semula elaun doktor luar bandar, supaya lebih ramai petugas kesihatan kekal berkhidmat di kawasan pedalaman Sabah.

Pada Februari 2024, sebuah Jawatankuasa Advokasi Mental Sabah (ANMS-SMJ) ditubuhkan bagi merangka pakej komprehensif kesejahteraan mental seluruh negeri. 

Melalui jawatankyasa itu, pusat kaunseling bergerak ditubuhkan bagi memberikan sesi psikososial percuma di daerah berisiko tinggi.

Kementerian juga melatih sukarelawan kesihatan mental untuk membantu komuniti mengenal pasti tanda awal kemurungan dan tekanan selain mewujudkan pusat komuniti sehenti yang menggabungkan perkhidmatan kesihatan fizikal dan mental dengan kebajikan.

 James sewaktu melawat tapak reruai di Kolokium Kesihatan Awam Sabah Kali Ke-17.
LAWAT: James sewaktu melawat tapak reruai di Kolokium Kesihatan Awam Sabah Kali Ke-17.

Antara inisiatif yang mencuri tumpuan ialah The Heart Initiative, sebuah program pemberdayaan wanita dari aspek fizikal dan mental yang menerima pengiktirafan pelbagai badan NGO tempatan.

KPMKR turut menjalin kerjasama strategik dengan NGO Seed dan platform Swasti Shelter untuk menggandakan capaian sokongan kesihatan dan psikososial, menjadikan Sabah pelopor pendekatan menyeluruh dalam kesejahteraan rakyat. 

–Vivi Olviana Najurus

About the author

Elle ABT

Add Comment

Click here to post a comment