Home » Masidi dan Shahelmey bincang isu rakyat
Uncategorized

Masidi dan Shahelmey bincang isu rakyat

Masidi berkata perkara yang secara langsung menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan orang ramai mesti dikendalikan dengan segera.

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini ,semalam.

Dalam pertemuan itu, Masidi dan Shahelmey membincangkan beberapa isu mengenai rakyat termasuk urusan penyelenggaraan dan naik taraf jalan, bekalan air dan lain-lain perkara.

Masidi berkata perkara yang secara langsung menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan orang ramai seperti penyelenggaraan jalan raya dan naik taraf serta urusan bekalan air mesti dikendalikan dengan segera, bukan
dipandang ringan atau ditangguhkan yang tidak perlu.

“Saya mencadangkan mana-mana jabatan dan agensi yang terlibat dengan membaikpulih dan penyelenggaraan fasiliti awam dan infrastruktur seperti jalan raya dan air agar mencontohi sektor swasta dalam menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

EDITOR