KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Haji Aman bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengetuai kepimpinan negeri menghadiri Majlis Tahlil, Doa Kesyukuran dan Solat Hajat sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah peringkat negeri di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Jumaat.
Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya; Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong; barisan wakil rakyat serta ketua-ketua jabatan kerajaan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat sebelum diteruskan dengan azan, Solat Jumaat serta Solat Hajat bagi memohon keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negeri.
Program tahunan itu dianjurkan sebagai tanda kesyukuran atas nikmat keamanan, kemajuan dan keharmonian negeri, selain menyemarakkan semangat patriotisme rakyat Sabah sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah tahun ini.

























Add Comment