Home » Naratif pembangkang kelirukan rakyat
Politik Ucapan

Naratif pembangkang kelirukan rakyat

Puan Rahmawati Datu Eranza merupakan Ketua Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian N.66 Bugaya. Beliau merupakan salah satu pembahas usul di Persidangan Agung Tahunan 2025 (PAT 2025) Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah

Bismillah hir Rahman nIr Rahim
Alhamdulillah hi rabbil alamin Assalatu assalamu ala asrafil al anbiyai wal mursaliin Wa ala alihi washabihi ajmain

Terima kasih kepada Yg Bhg Pengerusi Tetap, dan Timbalan Pengerusi

Yg saya hormati dan kasihi – Ketua Wanita Gagasan Rakyat Yg Bhg Datuk Redonah Bahanda
Naib Ketua Wanita , Yg Bhg Datuk Aziah Atoh
Penolong Setiausaha Wanita Negeri, Puan Fazean Mohiddin
Ketua Penerangan Wanita Negeri, – YB Senator Datuk Anna Bell Haji Perian
Bendahari Wanita Negeri, Yg Bhg Datuk Jamaliah Antalip

Seterusnya yang saya kasihi, Barisan Exco Wanita Negeri, yang diraikan rakan-rakan seperjuangan, para
perwakilan dan pemerhati Wanita Gagasan Rakyat Kalasahanku.

Assalam mualaikum Warah matullahi Wabarakatu dan salam sejahtera

Salam Gagasan Rakyat Sabah – Salam Wanita Hebat – Salam Sabah Maju Jaya
Saya Rahmawati Datu Eranza, Ketua Pergerakan Wanita PGRS Bahagian N.66 Bugaya, dengan
no.keahlian GR 176256, ingin memulakan dengan 2 rangkap pantun dalam 2 versi bahasa ibunda
Semporna : Bajau dan Suluk.

“Badju ku Badju keyat,
Lambang Pamakai Gagasan Rakyat,
Mowa Pamikil Maka Addat,
Wakil min Sampolna Lahat.”

“Istah-istah Kulapu,
Nag Sasampig Ha Batu,
Ayaw Kamu Indah Rayang Dih Umato,
Kita Niyu Pamarintah Nombol Satu.”

NARATIF PEMBANGKANG KELIRUKAN RAKYAT
Seperti yang kita ketahui, pihak pembangkang sengaja memainkan sentimen emosi dan bukannya fakta di mana mereka ini seringkali menggunakan emosi rakyat bagi meraih sokongan semata-mata.

Oleh itu, timbullah isu putar belit bagi kepentingan politik. Mereka sengaja mengaburi mata rakyat untuk memburukkan kerajaan masa kini dengan kononnya peruntukkan kerajaan tidak sampai kepada rakyat.

Selain itu, penyebaran maklumat palsu dan tidak lengkap di media sosial turut mengelirukan rakyat, di
mana pihak pembangkang pandai mengambil sebahagian fakta dan menyebarkannya dengan naratif yang menyesatkan.

Bak kata pepatah “Indah Khabar Dari Rupa” dan “Cakap Tak Serupa Bikin” membodek rakyat dengan manifesto yang indah belaka. Selepas menang terus batang hidung pun tak nampak dan mereka bersikap lepas tangan. Apabila menjadi pembangkang pula, mereka mulalah memainkan sentimen bahawa peruntukkan tidak banyak padahal ianya lebih daripada cukup.

Para sidang perwakilan yang disayangi, Seterusnya pihak pembangkang hanya memberikan kritikan sahaja berbanding tawaran penyelesaian bersama-sama dengan kerajaan. Mereka ini pandai membangkitkan rasa marah kepada rakyat tanpa memberikan cadangan penyelesaian yang lebih kukuh. Mereka juga hanya mengkritik tanpa memberikan solusi dan bukannya mengambil
tindakan bertanggungjawab pembangkang.

Di samping itu, kaedah retorik politik lama yang dimainkan oleh pihak pembangkang seperti tiada idea yang relevan dengan cabaran semasa dan gagal menawarkan visi masa depan yang lebih progresif.
Akibatnya, ianya turut merosakkan kepercayaan rakyat kepada pihak pembangkang itu sendiri.
Pembangkang sentiasa mencari walaupun seinci kelemahan Kerajaan GRS untuk menunjukkan Warisan lebih baik dari kerajaan hari ini, namun hakikatnya pihak pembangkang adalah kerajaan yang gagal.

Ku Sangka Aur…di pinggir tebing
Kiranya Tebu… di pinggir bibir
Ku sangka jujur…pancaran batin
Rupanya palsu…menghias zahir
Ku kira hati…jiwa nurani
Suci terindah…wajah terbayang
Ku kira puji…seikhlas budi
Ku lupa lidah..tidak bertulang

Demikianlah seni kata lagu yang penuh makna…kesinambungan dari tajuk seterusnya Bicara Manis Menusuk Kalbu Rupanya Gerimis Mengundang Waktu..

Sidang Perwakilan Yang Dikasihi..

Dominasi Pembangkang khasnya di Parlimen Semporna adalah dianggap sebagai Kubu kuat mereka akan tetapi mereka lupa bahawa arus perubahan dan sokongan dikalangan pengundi terutama wanita dan golongan muda dilihat semakin terbuka terhadap kepimpinan gagasan rakyat Sabah.

Ramai yang menyangkal kononnya pembangkang di Parlimen Semporna, susah untuk menang?
Datuk Ketua serta Sidang Perwakilan… Kubu kuat pihak pembangkang, sehinggakan ada mengatakan kita tidak akan menang di sana? Pada pandangan saya, itu tidak benar sama sekali, kerana sifat sebegini kita tidak akan maju dan menang bertanding.
Memang bukan mudah tetapi tidak mustahil, untuk mengurangkan majoriti pihak pembangkang. Dan berdirinya saya di hadapan para perwakilan semua khasnya dari Parlimen Semporna mahukan perubahan dan kekutan untuk menolak pemikiran pihak
pembangkang bahawa mereka masih kuat di sana.

Sidang Perwakilan, Melihat dan menyedari senario seumpama ini saya telah mengambil keputusan meninggalkan parti pembangkang bersama ahli cawangan serta beberapa rakan seperjuangan lain.

Ini kerana semasa di tampuk pemerintahan kerajaan pembangkang memang tidak ada perubahan baik dari segi pembangunan, ekonomi dan kebajikan rakyat.

Seharusnya pengalaman seumpama ini perlu dijadikan teladan kerana pihak pembangkang hanya bercakap kosong.
Nampak nyata dan jelas bahawa mereka taksub berpolitik dan agenda pembangunan dan kemajuan rakyat bukan menjadi misi utama mereka.

Sidang perwakilan yang dikasihi,

Adalah amat merugikan rakyat dan negeri jika kerajaan GRS sekarang ini tidak meneruskan kepimpinan dibawah presiden parti selaku Ketua Menteri, DSP Haji Hajiji Haji Noor.

“Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh” In sha Allah dengan kekuatan dan kerjasama semua saya yakin dengan Nawaitu kita yang ikhlas demi masa depan anak cucu kita, usaha kita pasti ada imbalannya.
Marilah kita sama-sama satukan hati dan jiwa kita untuk bersama memperjuangkan hak kita, milik kita..

“RUMAH KITA, KITA JAGA”.

Saya akhiri ucapan bahas saya dengan serangkap pantun;
“Jika Kecundang Dalam Mimpi,
Bererti Menang Dalam Realiti,
Bila PRN-17 nanti,
Kita doakan Datuk Redonah Menang Majoriti”.

Mohon izin Puan Pengerusi Persidangan, seterusnya barisan kepimpinan dan sidang perwakilan agar berdiri, melaungkan 3 kata keramat;

WANITA…( HEBAT )!!!
GAGASAN…( RAKYAT )!!!
RUMAH KITA…( KITA JAGA )!!!

Sekian Magsukul, Wabillahi Hidayah…Wassalamualaikum WBT.
Saya sebagai wakil suara para perwakilan pada kali ini ingin mengusulkan agar Datuk Redonah Bahanda sebagai calon Wanita PRN ke-17 nanti…Tanpa Kompromi Tapi Tambah Boleh!*

*Puan Rahmawati Datu Eranza merupakan Ketua Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian N.66 Bugaya. Beliau merupakan salah satu pembahas usul di Persidangan Agung Tahunan 2025 (PAT 2025) Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah