Yang Berbahagia Puan Pengerusi Tetap Persidangan Puan Sahramah Jamaluddin, Timb. Pengerusi Tetap Cik Haliza Din, Ybhg. Datuk Redonah Bahanda, Ketua Pegerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah, Barisan Exco Wanita , Datuk-Datuk/Datin-Datin dan seterusnya para perwakilan dan pemerhati Wanita yang saya muliakan.
Selamat pagi, Salam sejahtera dan salam sabah maju jaya , salam sayang untuk Wanita semua dan semestinya SALAM TATAP KALAGA daripada saya Jahiah @ Jalilah Apiang- ketua Pergerakan Wanita, Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian N.57 kuamut ,merangkap EXCO Pendidikan Pergerakan Wanita Parti Gagasasn Rakyat N. Sabah. Saya bersyukur kerana diberikan kesempatan membahaskan usul bertema ‘ PENDIDIKAN DAN KESIHATAN LUAR BANDAR ’. Usul ini bukan sekadar RETORIK , ia Adalah seruan untuk bertindak agar anak-anak Sabah tanpa mengira Lokasi di Sabah ini mendapat AKSES PENDIDIKAN DAN rakyat mendapat RAWATAN KESIHATAN YANG SAKSAMA DAN BERKUALITI.
Sidang Perwakilan yang saya hormati ,
Sama ada dari aspek Pendidikan atau kesihatan, Realiti pahit yang perlu kita terima di Sabah ini ialah wujudnya jurang akses dan infrastruktur yang ketara antara kawasan bandar dan luar bandar. Beberapa isu Pendidikan sering berkumandang .
- Sekolah Daif dan Usang, dibina daripada kayu uzur, bumbung bocor, dan tandas yang tidak berfungsi.
- Kualilti Akses Internet lemah dan tidak stabil. menyukarkan pembelajaran digital anak2 murid.
- Jarak jauh dan bahaya datang ke sekolah yang terpaksa berjalan jauh, dan menggunakan laluan yang berbahaya semata-mata untuk ke sekolah.
- Kemiskinan menyebabkan murid berhenti sekolah.
Tetapi kini, kita bersyukur kerana berada dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang prihatin dan responsive terhadap isu ini. Di bawah kepimpinan YAB KETUA MENTERI SABAH DSP HJ HAJIJI HJ NOOR DAN BASIRAN PEMIMPIN SEPERTI DATUK DR ARIFIN MOHD ARIF – MENTERI SAINS TEKNOLOGI & INOVASI MERANGKAP EXCO PENDIDIKAN NEGERI
dan juga Datuk Armizan Ali pemimpin di peringkat Persekutuan. Melalui perundingan dengan Persekutuan kita melihat hasilnya.
- Sekolah K9 dan asrama telah dan akan dibina untuk menampung lambakan murid di bandar dan kemudahn murid luar bandar.
- -Sebagai contoh bangunan sekolah T6 di SMK Kinarut yang telah dirasmikan oleh Datuk Armizan
– sekolah K9 & asrama di SK/SM Magandoi dan SK/SM Inarad Kinabatangan.
– selain itu, 330/390 sekolah dikenalpasti daif pula telah siap dibaiki.
Ini bermakna isu-isu kekurangan bangunan atau fizikal sekolah bukan lagi isu yang kritikal dalam Pendidikan negeri Sabah.
Kerajaan Negeri Sabah pula melalui , Hala tuju Sabah Maju Jaya, telah memperuntukan belanjawaan besar dengan memperkenalkan 15 Inisiatif Baharu Bantuan Pendidikan dan menambah jumlah Dana BIasiswa Kerajaan negeri dari 53j kepada 136 juta tahun 2025. Saya tidak dapat menyebut satu persatu inisiatif bantuan Pendidikan tersebut kerana masa terlalu suntuk, tetapi saya paparkan sepintas lalu di atas skrin. ( 3- Slide senarai inisiatif dan contoh penyampaian)
1. BUDI- Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One Off (BUDI ), sasaran 10 ribu pelajar ( 20 j rm)
2. BAIK – Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), – sasaran 40 ribu /8 j rm
3. BAKTI – Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) kpd murid tingkatan 5&6.
4. BISTARI – Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI ).
5. BAGUS – Bantuan Aktiviti PIBG ,
6. BISBAH – Bantuan Insan Sekolah Sabah (BISBAH),
7. BALKIS – Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS),
8. BANTU – Bantuan Khas Program Pendidikan
9. AKSA – Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA),
10. SEMESTA- Sekretariat Mahasiswa Sabah Malaysia (SEMESTA)
11. GRADUAN RINDU – Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah
(GRSSUBFLY).
12. SENTOASA – Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri
13. SUKSES – Sumbangan Kegiatan Sekolah Secara One Off (SUKSES)- RM3000
14. MAHAS – Majlis Halal Sabah
15. BAKPA – Bantuan Program Agama
16. BKNS -Dana Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah- daripada RM51 juta kepada
RM136 juta pada tahun 2025.
Semua inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan ibubapa dan pelajar dalam akses pendidikan. Kerajaan GRS Adalah PERINTIS PELBAGAI BANTUAN PENDIDIKAN DI SABAH yang dahulunya tidak pernah diberikan oleh Kerajaan yang lepas2.
Di Bahagian pula contohnya di Kuamut, kami amat bangga kerana memiliki seorang wakil rakyat YB DATUK MASIUNG BANAH’ yang kami gelar sebagai ‘BAPA PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KUAMUT’ kerana kesungguhan memperkasakan Pendidikan anak2 Kuamut. Antara sumbangan beliau Adalah
- Memberikan BAS PERCUMA’ untuk semua sekolah menengah di Kuamut.
- Pemberian Bantuan khas kewangan kepada pelajar tingkatan 6Atas dan Token kecemerlangan SPM.
Impaknya, bantuan ini dapat membantu usaha sekolah meningkatkan Keputusan STPM & SPM 3 tahun berturut-turut kebelakangn ini . ..berikan tepukan penghargaan & terima kasih kepada Kerajaan negeri dan pemnimpin2 kita….
PUAN PENGERUSI DAN SIDANG PERWAKILAN YANG DIHORMATI,
Hasil daripada tinjauan dan turun padang Exco Pendididkan Wanita di lapangan, saya mewakili EXCO PENDIDIKAN DAN KESIHATAN MENGUSULKAN 4 PERKARA PENTING berikut;
USUL 1: PEMERKASAAN KOMPENTENSI GURU-GURU :
Kita tahu bahwa guru-guru kita adalah yang terbaik, berkelayakan serta berkemahiran mengajar dan mendidik selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. ……… Namun dalam dunia VOCA yang begitu cepat berubah , kepelbagaian ketidak tentuan, sangat memerlukan kompetensi yang fleksibel, terkini Terutama mengajar subjek2 penting dalam aliran STEM/TVET .
Contoh semasa covid…semua ‘lock down’ pengajaran secara digital – perlu mahir
(STEM – Sains , Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) pembelajaran bersepadu 4 disiplin ) – untuk memacu pembangunan ekonomi negara.
Oleh itu mohon Kerajaan negeri memperuntukan dana khas kepada setiap Pejabat Pendidikan Daerah bagi tujuan biaya program pemerkasaan kompetensi guru-guru ini . Ketika ini hanya 11-13% sahaja murid sekolah menengah Sabah mengambil aliran sains tulen, jauh dari sasaran nasional 40%.
USUL 2: PEMBEKALAN BAS SEKOLAH PERCUMA UNTUK SEMUA PPD.
MOHON agar SETIAP 24 buah Pejabat Pendidikan Daerah di negeri Sabah ini DIBEKALKAN *1-2* “BUAH SHUTTLE BUS” sekolah.
Alangkah molek dan terharunya jika Kerajaan GRS dapat membekalkan ‘shuttle bus’ atau Perkhidmatan pengangkutan percuma ini untuk menoktahkan penyebab tidak hadir ke sekolah , berhenti sekolah dan tercicir persekolahan kerana tiada pengangkutan ke sekolah. ….Bagaimana dengan usul bekalan bas pengangkutan murid percuma ini setuju atau tidak Wanita perwakilan semua …..? Terima kasih…..
USUL 3 : KELAS KOMUNITI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK.
Usul ini diangkat daripada usul ketua-ketua Wanita di peringkat cawangan. Memohon agar KELAS KOMUNITI PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK ditubuhkan di Kawasan luar bandar dengan penekanan pengajaran pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Arab, Jawi dan Bahasa Inggeris.
USUL KE 4: MENAIKTARAF KLINIK KESIHATAN LUAR BANDAR.
Sebelum itu, wanita merakamkan perhargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri Sabah atas sumbangan sebanyak 100 buah mesin Hemodialisis kepada hospital seluruh Sabah. Namun kami berharap agar Hospital Duchess of Kent Sandakan ditambah lagi bekalan mesin Hemodialisis ini untuk menampung keperluan pesakit yang ramai.
Untuk Kawasan luar bandar, MOHON AGAR KLINIK KESIHATAN LUAR BANDAR yang telah layak dengan jumlah penduduk yang ramai Seperti Tongod dinaiktaraf menjadi Hospital daerah yang lengkap dengan doctor Pakar dan kemudahan fasilitis rawatan. Kita sedia maklum bahawa pusat-pusat rawatan bertaraf klinik amat terhad kemudahan perubatan . Menaiktaraf klinik Kesihatan ini kepada HOSPITAL Adalah perlu demi KESAKSAMAAN AKSES PERUBATAN dan KESEJAHTERAAN RAKYAT.
Penutup:
Puan Pengerusi & sidang hadirin sekalian,
Pemerkasaan Pendidikan luar bandar bukan tanggungjawab kementerian atau jabatan pendidikan semata-mata, tetapi juga tanggungjawab kolektif kita sebagai sebuah negara. Generasi berpendidikan adalah asas kekukuhan ekonomi dan social negara, oleh itu anak2 ini adalah permata tersembunyi yang berpotensi menjadi jurutera, doktor, guru, saintis dan pemimpin negara di masa hadapan.
Sebagai menghampiri penghujung ucapan Bahas saya, izinkan saya membaca 2 rangkap pantun,
JALAN-JALAN KE TANJUNG PINANG,
MELIHAT RUSA DI TEPI HUTAN,
USUL DIBERI DENGAN HARAPAN,
SEMOGA DITERIMA, TERCAPAI TUJUAN.
PAKAI BATIK DENGAN SELINDANG,
HENDAK DIPAKAI KE PEKAN BANDAU,
YBHG DATUK REDONAH PILIHAN TERBILANG,
MOHON DICALONKAN, DI DUN BANDAU
Puan pengerusi, selain daripada usul Pendidikan & Kesihatan tadi, mohon izin untuk saya mengemukakan Hasrat disanubari kami Wanita, agar YBhg Datuk Redonah Bahanda diangkat menjadi calon GRS bertanding PRN ke 17 nanti di DUN Bandau kerana Datuk Redonah mempunyai kepimpinan Autentik sebagai katalis yang boleh meluncur laju membawa kemajuan kepada Kawasan dipimpinanya. Kepada YBhg Datuk Redonah , DATUK KETUA WANITA , You never walk alone, We,.. the women of Parti Gagasan Rakyat Sabah ALWAYS STAND BY YOU, WHEREVER YOU STAND FOR THIS COMING ELECTION DATUK …..Ayuh semua, berikan tepukan semangat dan penghargaan kepada Datuk Ketua Wanita kita YBhg Datuk Redonah Bahanda. ..
Sahabat wanita sekalian, kita sama-sama menyokong usul ini dan mohon agar Usul ini diangkat ke Persidangan Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah Induk, kerana di sana ada pucuk PEMIMPINan yang maha memahami, seorang PAHLAWAN yang membela Nasib rakyat Sabah iaitu YAB DSP HJ Hajiji Noor Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah yang telus, memperjuangkan kemajuan dan hak2 rakyat Sabah. Pastinya Usul ini akan mendapat pertimbangan sewajarnya.
Sebelum mengakhiri ucapan usul ini, saya mewakili Wanita, khasnya DUN Kuamut menyampaikan ikrar setia, berjuang Bersama dalam memastikan kemenangan Parti Gabungan Rakyat Sabah PRN ke 17 nanti, Kami di Kuamut telah siap siaga memastikan calon WILAYAH TATAP KALAGA N.57 Kuamut YB DMB menghadiahkan satu kerusi kemenangan kepada Parti Gabungan Rakyat Sabah UNTUK TERUS KEKAL MEMERINTAH
N. SABAH SELEPAS PRN KE 17 NANTI.
Untuk itu Mari kita sama2 berdiri dan laungkan ‘ Gagasan rakyat 3x + Gagasan Rakyat – menang , menang, menang 3x……..Sekian. SAYA MOHON MENCADANG. Terima kasih..
** Puan Jahiah @ Jalilah Apiang- Ketua Pergerakan Wanita, Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian N.57 kuamut ,merangkap EXCO Pendidikan Pergerakan Wanita Parti Gagasasn Rakyat Sabah . Beliau merupakan salah satu pembahas usul di Persidangan Agung Tahunan 2025 (PAT 2025) Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah

























Add Comment