Home » Pembahas usul ucapan dasar Presiden
Politik Ucapan

Pembahas usul ucapan dasar Presiden

Puan Ramlah Binti Nasir merupakan Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Pitas. Beliau merupakan salah satu pembahas ucapan dasar Presiden

Terima Kasih Ybhg Datuk Pengerusi Tetap

Yang Dihormati

  1. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah Merangkap Ketua Menteri Sabah
  • Yang Dihormati Yang Berhormat Timbalan Presiden,
  • Yang Dihormati Naib Naib,
  • Yang Dihormati Ketua Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda & Beliawanis Negeri,
  • Ahli Ahli Majlis Tertinggi Parti, Ketua Ketua Bahagian Seterusnya Sidang Perwakilan & Pemerhati Yang Dihormati Lagi Dikasihi…

Assalammualaikum, Senyum Ku Ukir…

Tampil Membahas,  Usul Diberi,

Anak Jati Pitas,  Ramlah Nasir

Mutiara Sungai, Wanita Besi!

“Oh Jentera Gagasan Rakyat Sabah… Berjuanglah Dengan Penuh Setia! Apapun Yang Terjadi… Tempuhilah Bersama… Demi Hajiji Yang Tersayang…!

“Pohon Nipah Berdaun Lebat,  Daun Dianyam Menjadi Atap,

Sabah Bertuah,  Ketua Menterinnnya Hebat!

Rakyattt Sejahtera, Pembangunan Ekonominya Mantap!”

Sidang Perwakilan & Pemerhati Yang Dihormati Sekelian….

Betapa Rakyat Sabah Ini Bertuah! Betapa Bumi Sabah Ini Dirahmati… Kerna Kita Dikurniai Barisan Kepimpinan Yang Hebbbbatttt!  Ditunjangi Yab Dsp Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah Merangkap Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah.

Di Bawah Kepimpinan Yab Ketua Menteri Datuk Presiden, Terlalu Banyak Pencapaian Serta Perkara Yang Telahpun Terlaksana Untuk Rakyat Sabah!

Kejayaan Yang Amat Berhormat Menerajui Kepimpinan Negeri Sabah Sekaligus Mengangkat Sabah Ke Arah Kestabilan Ekonomi Yang Mampan ! Berdasarkan Momentum Pencapaian Ekonomi & Kdnk Sabah  Yang Cemerlang Sejak Tahun 2021 Sehingga Tahun 2025.  

Terbukti Bahawasanya Kerajaan Grs…. Dibawah Kepimpinan Yab Datuk Presiden Selaku Ketua Menteri Sabah Begitu Tekad Berusaha Mengembalikan Sabah Ke Landasan Pembangunan Yang Betul Sebagai Sebuah Wilayah Yang Maju Serta Konsisten Memperjuangkan Hak Hak Sabah Seperti Yang Termaktub Dalam Perjanjian Malaysia 1963!!!

Kesungguhan Dan Kegigihan Kerajaan Grs  Mengemudikan Sektor Ekonomi & Kesejahteraan Rakyat Telah Berjaya Membuktikan Kepada Rakyat Sabah Bahawasanya Citra Parti Lokal Dalam Gabungan Rakyat Sabah Adalah Yang Terbaik!  Untuk Rakyat Sabah!

Terima Kasih Yab Datuk Presiden… Kerana Atas Keprihatinan Yab Datuk Presiden & Kerajaan Grs, Kepentingan Ekonomi Wanita Sabah Juga Turut Terbela!

Buat Julung Kalinya Dalam Sejarah Belanjawan Negeri Sabah, Nasib Peniaga-Peniaga Tepi Jalan Yang Berlesen Sah Yang Banyak Dipelopori Oleh Wanita Juga Turut Dibela!

Terima Kasih Yab Datuk Presiden… Yang Juga Telah Menurunkan Peruntukan Kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita (Jhewa) Bagi Operasi Serta Pelaksanaan Pelbagai Program Bagi Membangun, Memperkasa Dan Melahirkan Pemimpin Wanita Yang Berwibawa!

Dalam Usaha Gigih Memperkasa Peranan Wanita Sebagai Pemimpin.… .

Di Bawah Kerajaan Grs, Wujudnya Akademi Kepimpinan Wanita Sabah Di Bawah Majlis Penasihat Wanita Sabah & Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah.

Baru Baru Ini Seramai 150 Graduan Akwan Pemimpin Wanita Hebat Terdiri Daripada Pemimpin Wanita Politik, Akar Umbi, Wanita Muda & Glc Telah Menghadiri Majlis Graduasi Akademi Kepimpinan Wanita Sabah!

Inilah Bukti Besar Di Bawah Kepimpinan Yab Dsp Hajiji Haji Noor & Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (Grs) Yang Mana Martabat Wanita Sabah Telah Diangkat & Diutamakan!!!

Bukan Sahaja Terhadap Golongan Wanita, Akan Tetapi Kepada Semua  Lapisan Masyarkat Menerusi Pelbagai Inisiatif Kerajaan Grs Untuk Rakyat Sabah!  

Wajar Kita Rakyat Sabah Merasa Bangga Kerana Menerusi Ekonomi Biru! Sabah Telah Mencipta Sejarah Apabila Diiktiraf Sebagai Negeri Paling Cemerlang Malaysia Tahun 2024 Menerusi  International Business Review Asean Awards 2025!

Inilah Antara Bukti Ketelusan Serta Kesungguhan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabahhh Membela….. Rakyat Sabah!

Hasil….. Sabah Dipulangkan Semula Kepada Rakyat Sabah Menerusi Pelbagai Mekanisma!

Bertepatan Sekali Pepatah Seorang Sosok Pemimpin Hebat “Pipit Bisu Mangan Ta’ Uran” Kita Buat Kerja Sehabis Baik & Tidak Perlu Menghebahkan Kepada Orang Lain, Akan Tetapi Dapat Dirasai Oleh Semua Orang…

Harimau Bintang Ditepi Tingkap,

Budak Budak Melempar Burung

Harimau Di Hutan Pun Kita Hadap!,

Inikan Pula Si Pembangkang Cicak Mengkarung!

Keris Dipegang Bermandikan Darah!

Pahlawan Bertempur Gagah Perkasa!

Helah Pembangkang Kita, Sanggah!

Tetap! Pertahankan Hajiji Haji Noor,

Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah!!!!

Oponting  Tokou  Kiawiiii Mieso,  Ki….!  (Bahasa  Kimarangang)   

Ong Meiso Tokow! Akuat Tokow! Peiloon  Tulun  Rakyat Sabah!  Tampinai Kiawiii!   Prn17…. Kiawi…. Tokow  Mangundi   Calon   Grs….. KiSokongan  Tokow  Tulun  Tokow!  Sokongan  Tokow  Parti Tempatan  Grs Tokow!!!

Sidang Perwakilan & Pemerhati Yang Dihormati Sekelian,

Pilihanraya Ke 17 Akan Tiba Pada Bila Bila Masa…

Sesungguhnya Kuasa Dan Mandat Rakyat  Adalah Penentu  Kemenangan Pada Prn Ke 17.  Jangan Dilupa Pepatah Lama….

“Kuat Pokok Kerana Akar, Kuat Akar Kerana Tanah,

Kekuatan Sebuah Kerajaan Adalah Kerana Orang Orang Besarnya, Akan Tetapi… Kekuatan Orang Besarnya Adalah Kerana Rakyatnya!”

“Ibarat Kuat Lilit, Kerana Simpulnya!”

Maka Keyakinan Seluruh Rakyat Akar Umbi Itulah Yang Harus Di Tawan! & Mesti Di Menangi!

Sidang Perwakilan Dan Pemerhati Yang Dihormati Sekelian…

Berdirinya Saya Di Pentas Perbahasan Usul Ini  Juga Adalah Membawa Amanat Dari Rakyat & Jentera Yang Begitu Besar…

Yang Pertama;

‘Seluruh Jentera Akar Umbi Gagasan Rakyat Sabah 74 Kawasan Menyokong Penuh! Yab Dsp Hajiji Haji Noor, Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah / Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah, Kekal! Sebagai Ketua Menteri Sabah!

Mohon…. Mohon Sorakan Suara Padu Seluruh Perwakilan Di Dewan Sicc Ini Sebagai Tanda Kasih & Sokongan Padu Kita Yang Tidak Berbelah Bagi Terhadap Yab Dsp Hajiji Haji Noor Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah! Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah!

Yang Kedua

Yab Datuk Presiden… Ini Suara Kami… Wanita Akar Umbi Gagasan Rakyat Sabah 74 Kawasan… Yang Sebulat Suara  Menuntut! Agar Ybhg Dato Redonah Bahanda, Ketua Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah Merangkap Ketua Wanita Dun Bandau Diangkat Sebagai Calon Dun Bandau Pada Prn17 !!!

Dato Redonah Adalah Sosok Pemimpin Wanita Hebat!!! Awie Runattt, Aumtan Auranan… Tumalob So Kolobowan, Menabang Onnuuuuuuu.. Ya Permasalahan Lobow So Kampung! Itu Yo…. Contoh Kepimpinan Woidon Toko! Itu Yo Pemimpin Kesayangan Tokow!

Yab Datuk Presiden……. Mengaus Kami Wanita… Jikalau Ketua Wanita Kami Tidak Dicalonkan!

Kami Mohon Kepada Yab Datuk Presiden….. Agar Meluluskan Usul Ini. Wanita Adalah Jentera Hebat Yang Terrpalllling Terrrrsetia Dan Terrrajin Bekerja! Boleh Dilihat Di Mana2 Persidangan, Kehadiran Wanita Tidak Menghampakan! Dari Dalam Dewan Sampaiii Luar Dewan, Sanggup Berdiri ! Berhujan! Berpanas!

Meskipun Makeup Lunturrr Kana Hujan Kana Panas… Namun Berganjak Tidak Sekali! Itulah Tanda Kasih Sayang & Tanda Sokongan Padu Kami Wanita Yang Tidak Berbelah Bagi!

Hari Ini… Harrriiii Ini……… Suara Lantang Wanita Gagasan Rakyat Sabah Dun Pitas Bergema Mengegarkan Dewan Persidangan Di Sicc Ini!

Tidak Mustahil Suara Pemimpin Wanita Sabah  Akan Mengegarkan Persidangan Di Dewan Undangan Negeri & Dewan Rakyat Parlimen! Bukan Satu… Tapiiii… Akan Ramaiiiii… Pemimpin Wanita Yang Akan Bangkit Bersuara!!

Mohon Sokongan,,,,, Kesemua Sidang Perwakilan! Mohon Suara Sokongan Wanita Wanita Gagasan Rakyat Sabah! Kita Bersatu Sebulat Tekad! Mengangkat Ketua Pengerakan Wanita Kita Ybhg Dato Redonah Bahanda Sebagai Calon Yang Akan Menang Pada Prn17 Ini!!!

Usul Ketiga

Yab Datuk Presiden…. Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah Menyuarakan Usul Bagi Keluarga Miskin Dan Putus Sekolah:

Permohonan 24 Pejabat Ppd Dibekalkan “Shuttle Bas”.  Perkhidmatan Pengangkutan Percuma Kepada Murid Miskin Adalah Inisiatif Menoktahkan Keluhan Dan Penyebab Ketidakhadiran Murid Ke Sekolah Mahupun Yang Berhenti Sekolah &Tercicir Persekolahan!

Usul Yang Keempat, Permohonan Pergerakan Wanita Negeri Agar Lebih Ramai Lantikan Wanita Sebagai Ketua Daerah Dan Ketua Anak Negeri Di Seluruh Sabah!

Yang Terakhir;

Yab  Datuk Presiden…. Sesungguhnya Kami Rakyat Akar Umbi Amat Menghormati Apa Jua Keputusan Pucuk Pimpinan Negeri… Namun Besar Hasrat Kami Dari Dun N3 Pitas Menyuarakan….

Patah Sayap Bertongkat Paruh, Namun Undur Tidak Sekali!

Dikesempatan Ini.. Selaku Ketua Wanta Gagasan Rakyat Pitas, Penyelaras Wanita Grs Pitas & Pemimpin Pembangunan Masyarakat Uppm N.3 Pitas, Saya Ingin Menyampaikan Suara…. Rakyat Akar Umbi Dun N.3 Pitas….

Mohon  Yab Datuk Presiden…. Agar  Yb Dato Sri Dr Ruddy Awah Diangkat Sebagai Calon Grs Di Dun N.3 Pitas! Beliau Adalah Calon Grs Pilihan Rakyat Akar Umbi Pitas  Yang Akan Menang & Menyumbangkan Kerusi Grs Pada Prn17!

“Mohon….. Mohon Suara….. Sokongan Rakyat Akar Umbi Pitas Yang Ada Di Dewan Sicc Ini!!!”

Akhir Kata…

Memetik Kata Kata Yab Datuk Presiden Yang Amat Kita Kasihi “Jagalah Parti Gagasan Rakyat Sabah, Gabungan Rakyat Sabah Kita! Kerana Disinilah Letaknya Harapan Dan Masa Hadapan Kita!”

Sidang Perwakilan & Pemerhati Yang Dihormati Sekelian…

Demi Kestabilan Ekonomi & Politik Sabah! Demi Masa Hadapan Anak Anak Sabah! Demi Perjuangan Murni Kita Rakyat Sabah Yang Cintakan Sabah! Tanah Tumpah…… Darah Kita!!!

Apabila Bergema Semboyan Pilihanraya Ke 17! Ayohhhh…. Jentera Gagasan Rakyat Sabah! Gabungan Rakyat Sabah! Ayohhhh….Jentera Wanita G10! Jentera Gempur Pemuda! & Jentera Gema Beliawanis!

Kita Bersatu Berganding Bahu Memastikan, Kemenangan Majoriti Kerusi Gabungan Rakyat Sabah Pada Prn Ke 17!

Kita  Gasakkkk ! Kita  Tawannn!!! & Terus Kekal Memerintah Selepas Prn 17!

Pahlawan Sabah Mengatur Langkah,

Kilat Menyambar, Bumi Merekah!

Tidak Akan Undur Walau…. Selangkah!

Pertahankan Hajiji! Ketua Menteri Sabah!!

Buah Jambu Dikupas Kulit,  Jambu Ada Di Dalam Cawan,

Wahai Gagasan Rakyat Sabah! Gabungan Rakyat Sabah!

Marilahhhhh…… Bangkitttttt!!!

Raih Kemenangan! Menentang Lawan!

(Ayoh Kita Bersama Sama Bangun & Melaungkan Semboyan Keramat Parti Yang Kita Cintai Dengan Penuh Semangat Panji Darah Pejuang!!!)

Gagasan Rakyat! Sabah! Gagasan Rakyat! Sabah! Gagasan Rakyat! Sabah!

Rumah Kita! Kita Jaga!

* Puan Ramlah Binti Nasir merupakan Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Pitas. Beliau merupakan salah satu pembahas ucapan dasar Presiden di Persidangan Agung Tahunan 2025 (PAT 2025)