Home » Pemergian Allahyarham Mohamad Hamsan kehilangan kepada negeri: Hajiji
Berita GRS Politik

Pemergian Allahyarham Mohamad Hamsan kehilangan kepada negeri: Hajiji

ADUN Sungai Sibuga Mohamad Hamsan, 65 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.20 malam di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada Datin Hajah Kalsom Haji Abd Aziz dan keluarga atas pemergian Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Allahyarham Datuk Haji Mohamad Hamsan Haji Awang Supain, yang meninggal dunia pada malam Ahad (19 Januari 2025).


Beliau menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan kepada negeri,terutama rakyat di kawasan yang diwakilinya iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor .


“Allahyarham merupakan seorang rakan lama yang bersama-sama berjuang dalam pentadbiran kerajaan. Beliau merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat, peramah dan disenangi ramai. Perjuangan dan sokongan beliau bersama kerajaan negeri amat
dihargai.


“Saya mewakili Kerajaan Negeri menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Haji Mohamad Hamsan Haji Awang Supain. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama roh orang
orang beriman dan beramal soleh”, katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohamad Hamsan, 65 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.20 malam di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.


Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada 2020, Mohamad Hamsan yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi DUN Sungai Sibuga menewaskan empat calon lain dengan majoriti 1,538 undi.


–Tamat