Home ยป Pencapaian lima tahun kerajaan GRS
Berita GRS Politik

Pencapaian lima tahun kerajaan GRS

Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

PENCAPAIAN sesebuah kerajaan selain projek-projek untuk rakyat disiapkan menurut jadual, juga dilihat daripada segi kutipan hasil, nilai perdagangan, nilai pelaburan, penyediaan peluang-peluang pekerjaan dan penurunan jumlah rakyat kategori miskin.

Mengukur pencapaian, tentunya menggunakan strategi yang digunakan iaitu hala tuju atau pelan pembangunan.

Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperkenalkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Menerusi hala tuju tersebut digariskan teras-teras yang ingin dicapai atau direalisasikan sebagai penanda aras kemajuan.

Penulis memulakan dengan kutipan hasil. Kutipan hasil sebagai penada aras apa kah berlaku ketirisan atau sebaliknya.

Untuk melihat apa kah pengurusan kewangan telus dan mapan, maka dilihat daripada segi kutipan hasil.

Kutipan yang meningkat cerminan pengurusan kewangan yang telus dan baik. Tidak akan berlaku kutipan hasil meningkat jika adanya ketirisan.

Maksud ketirisan, antara lain, berlakunya rasuah dan salah guna kuasa, yang menyebabkan sumber hasil tidak masuk ke dalam akaun yang disatukan.

Oleh rekod kutipan hasil negeri pada tahun 2021 pertama kali melepasi angka RM5bilion, sejak tahun 1963, iaitu RM5.449 bilion, dakwaan pemimpin pembangkang bahawa pemimpin kerajaan pengamal rasuah, bukan saja tidak berasas akan tetapi karut.

Peningkatan kutipan hasil tidak berhenti setakat angka itu, akan tetapi sekali mencatit rekod pada tahun 2022 kepada RM6.96 bilion. Angka tersebut terus konsisten pada tahun 2023 dan 2024 mendekati RM7bilion.

Sekiranya, kerajaan yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor tidak mewarisi pertumbuhan ekonomi yang negatif pada tahun 2020, kutipan hasil bukan RM7bilion pada tahun 2024, akan tetapi RM10bilion, kerana kecenderungan ekonomi sejak tahun 2017, diunjurkan meningkat purata 22 peratus setahun. Kecenderungan tersebut dapat dibuktikan antara tahun 2021-2022, iaitu 27.73 peratus.

Kecenderungan tersebut terbantut pada tahun 2023 dan 2024, kerana gangguan politik, yang membawa persepsi ketidak stabilan.

Pencapaian kerajaan juga dilihat pada nilai perdagangan. Pada tahun 2022, nilai perdagangan negeri adalah rekod tertinggi, iaitu RM118.1 bilion, walaupun menurun sedikit pada tahun 2023 kepada RM105 bilion. Penurunan dan kenaikan mempunyai korelasi dengan kestabilan politik.

Berkaitan pelaburan pula, tahun 2022, Sabah merekod RM33.4 bilion dan tahun 2023, RM11.34 bilion.

Bagi tahun 2024 pula, sejumlah RM28.8 bilion pelaburan berimpak tinggi, iaitu pembinaan kilang keluli (green steel) dan pembinaan kemudahan gas asli cecair (LNG) terapung.

Kemasukan pelaburan yang berbilion ringgit, tidak akan terealisasi, jika pemimpin kerajaan terlibat salah guna kuasa atau rasuah, kerana tiada mana-mana pelabur sanggup melabur pada kerajaan sedemikian.

Berkaitan rakyat dalam golongan miskin tegar, secara berperingkat ditangani dan diselesaikan. Mengeluarkan rakyat golongan miskin tegar, antaranya dengan memberi mereka hadiah rumah mesra SMJ, selain, aktiviti ekonomi yang membolehkan mereka menambah pendapatan.

Kerajaan GRS memperkenalkan rumah mesra SMJ dengan membina 40 buah rumah di setiap 73 DUN setiap tahun. Untuk tahun 2025, sasaran adalah 3,000 buah. Rumah mesra SMJ yang bernilai RM80 merupakan bantuan yang menjadi harta rakyat golongan miskin tegar.

Selain itu, kerajaan juga menitik berat berkaitan pembangunan modal insan. Sehubungan dengan itu, agar ramai anak-anak mengecap pendidikan, maka berbagai bantuan disalurkan, sehinggakan tiada lagi istilah, anak-anak Sabah tidak dapat mengecap pendidikan kerana faktor ketidak mampuan.

*Artikel ini ditulis oleh Suara Rakyat (bukan nama sebenar) . Beliau merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan.