Home » Penubuhan Persatuan Unduk Ngadau Ranau kekalkan pencapaian baik peserta
Uncategorized

Penubuhan Persatuan Unduk Ngadau Ranau kekalkan pencapaian baik peserta

KENANGAN: AJK Persatuan Unduk Ngadau Ranau merakamkan gambar kenangan bersama AJK tertinggi Persatuan Unduk Ngadau Sabah.

RANAU: Prestasi yang memberangsangkan dalam sejarah pertandingan Unduk Ngadau menjadi inspirasi penubuhan Persatuan Unduk Ngadau Ranau.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Amisah Yassin berkata, penubuhan persatuan ini amat bertepatan untuk memastikan pencapaian yang baik dalam kalangan peserta dari daerah ini dikekalkan pada masa akan datang.

KENANGAN: AJK Persatuan Unduk Ngadau Ranau merakamkan gambar kenangan bersama AJK tertinggi Persatuan Unduk Ngadau Sabah.


“Syabas dan tahniah kepada pengerusi persatuan dan ahlinya dengan usaha dan kerja keras sehingga tertubuhnya Persatuan Unduk Ngadau Ranau ini.


“Sikap serta semangat kerja berpasukan sememangnya amat diperlukan dalam sesebuah organisasi bagi memangkin kejayaan dan kecemerlangan organisasi tersebut.


“Apa yang saya lihat, penubuhan persatuan ini amat bertepatan dan kita dapat melihat sejarah penyertaan Unduk Ngadau Ranau sebelum ini serta pencapaiannya yang membanggakan daerah ini,” katanya ketika merasmikan majlis berkenaan di sini baru-baru ini.


Amisah berkata, pencapaian itu boleh dijadikan sebagai penunjuk prestasi kepada pengurusan Unduk Ngadau dan mengharapkan agar pencapaian ini akan berterusan melalui kerjasama pihak kerajaan dan persatuan itu sendiri.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Unduk Ngadau Ranau Florencia Padasian berkata, penubuhan persatuan berkenaan mampu membantu melaksanakan pelbagai aktiviti dan pastinya memanfaatkan generasi muda serta masyarakat Kadazan Dusun di Ranau. 


“Persatuan juga bukan bertujuan untuk mengaut keuntungan, tetapi ditubuhkan untuk meneruskan aktiviti perserta Unduk Ngadau agar tidak terhad semasa waktu Kaamatan sahaja,” katanya.

— Vivi Olviana Najurus