KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, mengumumkan bahawa Pilihan Raya Negeri-17 (PRN17) kali ini akan menjadi penyertaannya yang terakhir dalam arena politik.
Selepas lebih 35 tahun bergiat dalam politik, Hajiji berkata beliau tidak pernah menyangka akan diberi mandat sebagai pemimpin nombor satu negeri ini.
Beliau menegaskan, perkara itu telah disampaikan kepada pengundi di kawasannya. “Saya beritahu orang-orang saya di Sulaman, ini terakhir saya ikut pilihan raya ini,” katanya.
Hajiji menambah, keputusan itu diambil bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan memberi peluang kepada pelapis baharu dalam politik Sabah.
Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membuat pengumuman itu ketika merasmikan Dewan DSP Haji Hajiji serta majlis persaraan guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Bundung, Tuaran, hari ini.
— TAMAT

























Add Comment