KOTA MARUDU: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) merangkap Timbalan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Redonah Bahanda, menyampaikan sumbangan lampin pakai buang di Klinik Ibu dan Anak Kampung Tagaroh, di sini, Rabu lalu.
Sumbangan itu disalurkan oleh Kim Teck Cheong Consolidated Berhad melalui Pengarah Eksekutifnya, Datuk Dexter Lau, melibatkan 40 kotak atau 480 pek lampin pakai buang jenama “UNIDRY Happy Baby Pants” untuk diagihkan kepada golongan memerlukan, khususnya pesakit di klinik berkenaan.

Menurut Redonah, program khidmat komuniti seperti ini bukan sahaja membantu meringankan beban keluarga yang memerlukan, malah memperkukuh hubungan silaturahim antara pemimpin, pihak kesihatan dan masyarakat setempat.
“Inisiatif seumpama ini wajar diteruskan dari semasa ke semasa kerana memberi manfaat terus kepada rakyat,” katanya.
Pihak klinik turut menzahirkan penghargaan kepada penyumbang atas keprihatinan yang ditunjukkan, khususnya dalam menyokong kesejahteraan ibu dan anak di kawasan luar bandar.
— TAMAT

























Add Comment