Home » Program Ziarah Sayang ringankan beban 55 keluarga di Kota Marudu
Berita GRS Politik

Program Ziarah Sayang ringankan beban 55 keluarga di Kota Marudu

SENTUHAN KASIH: Redonah menyampaikan sumbangan kepada penerima Program Ziarah Sayang di Kampung Gontoi, Kota Marudu.

KOTA MARUDU:Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) merangkap Timbalan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Redonah Bahanda, meneruskan komitmen mendekati masyarakat melalui Program Ziarah Sayang dengan menyampaikan sumbangan kepada 55 buah keluarga di Kampung Gontoi, di sini, Selasa lalu.

Program ini bukan sahaja menzahirkan semangat kebersamaan, malah memperlihatkan keprihatinan kepimpinan negeri dalam meringankan beban keluarga yang memerlukan, di samping memperkukuh hubungan silaturahim antara pemimpin dan penduduk setempat.

“Saya amat menghargai usaha, masa dan tenaga semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Inisiatif ini mencerminkan kekuatan sikap keprihatinan serta komitmen bersama dalam membina masyarakat yang lebih sejahtera,” kata Datuk Redonah.

Program yang berlangsung dalam suasana mesra itu menerima sambutan hangat daripada penduduk Kampung Gontoi, yang menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan yang disampaikan.

TAMAT