Home » Redonah santuni 30 keluarga melalui program Ziarah Sayang
Berita GRS Politik

Redonah santuni 30 keluarga melalui program Ziarah Sayang

PRIHATIN MASYARAKAT:Redonah Bahanda menyerahkan sumbangan kepada penerima dalam Program Ziarah Sayang

KOTA MARUDU:Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) merangkap Timbalan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Redonah Bahanda, meneruskan komitmen mendekati masyarakat melalui Program Ziarah Sayang yang diadakan di Kampung Pampang Poring di sini, Selasa lalu.

Dalam program berkenaan, Datuk Redonah menyampaikan sumbangan kepada 30 buah keluarga yang memerlukan, termasuk bantuan barangan keperluan asas.

Beliau berkata, penganjuran program ini bukan sahaja mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan antara pemimpin dan rakyat, malah menunjukkan komitmen bersama dalam membina masyarakat yang lebih sejahtera.

“Saya amat menghargai usaha, masa dan tenaga semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga inisiatif seperti ini menjadi pemangkin kepada hubungan silaturahim yang lebih erat serta membantu meringankan beban mereka yang memerlukan,” katanya.

Program yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh kekeluargaan itu turut disambut baik oleh penduduk setempat, yang menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas sumbangan yang diberikan.

— TAMAT