Home » Redonah santuni tiga keluarga menerusi program ziarah sayang
Berita Gagasan Rakyat Politik

Redonah santuni tiga keluarga menerusi program ziarah sayang

Redonah menyerah kepingan zink kepada salah sebuah keluarga bagi tujuan pembaikan rumah.

KOTA MARUDU: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) merangkap Timbalan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Redonah Bahanda, meneruskan komitmen mendekati masyarakat melalui Program Ziarah Sayang dengan menziarahi tiga buah keluarga di Kampung Ranau, pada bulan lepas di sini.

Dalam kunjungan pertama, beliau menyampaikan bantuan berupa kepingan zink kepada sebuah keluarga bagi tujuan pembaikan rumah. Sumbangan itu diharapkan dapat meringankan beban serta meningkatkan keselesaan kediaman keluarga terbabit.

Lawatan diteruskan ke dua buah rumah lagi, di mana Redonah beramah mesra, mendengar pandangan dan harapan penduduk secara langsung.

“Saya berdoa agar semua keluarga yang diziarahi dikurniakan kesihatan, ketabahan dan keberkatan dalam kehidupan seharian. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan oleh Allah SWT,” katanya.

Penduduk kampung menyambut baik usaha ini, yang dilihat bukan sahaja sebagai bantuan material, tetapi juga sebagai tanda keprihatinan pemimpin terhadap kesejahteraan rakyat.

TAMAT