KOTA MARUDU: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah merangkap Timbalan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Redonah Bahanda, menyerahkan sumbangan lampin pakai buang kepada Hospital Lotong di sini, pada Khamis lalu.
Sumbangan tersebut disalurkan oleh Kim Teck Cheong Consolidated Berhad melalui Pengarah Eksekutifnya, Datuk Dexter Lau, melibatkan 100 kotak atau 800 pek lampin pakai buang jenama UNIDRY Happy Baby Pants. Bantuan ini akan diagihkan kepada golongan memerlukan, khususnya pesakit di Hospital Kota Marudu serta beberapa klinik kesihatan di daerah ini.
Menurut Redonah, program seumpama ini bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada masyarakat, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin, pihak hospital, dan komuniti setempat. “Inisiatif khidmat komuniti seperti ini wajar diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.
Pihak hospital turut merakamkan penghargaan kepada penyumbang atas keprihatinan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, khususnya ibu bapa pesakit kanak-kanak.
— TAMAT

























Add Comment