KOTA MARUDU: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) merangkap Timbalan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Redonah Bahanda, menghadiri Majlis Solat Hajat, Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah untuk Allahyarhamah Zara Qairina Binti Mahathir di Masjid Nawarah, Kampung Ranau, di sini, Rabu malam.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah sebelum diteruskan dengan solat hajat, bacaan Surah Yasin, tahlil serta doa khas untuk arwah yang dipimpin oleh Imam Mazlan Mujun.

Menurut Redonah, kehadirannya adalah sebagai tanda solidariti dan sokongan moral kepada keluarga Allahyarhamah, di samping mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Majlis yang dihadiri para jemaah dan penduduk setempat itu berlangsung penuh kesyahduan, mencerminkan semangat kebersamaan masyarakat dalam menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.
— TAMAT

























Add Comment