KOTA KINABALU: Kumpulan Sawit Kinabalu menyumbang RM1 juta kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS) sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Shangri-La Tanjung Aru Resort pada Selasa, di sini.
Penyampaian sumbangan daripada Pengarah Urusan/Ketua Eksekutif Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Victor Ationg, kepada Pengarah YKS, Datuk Diyanah Abdullah disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu.
Turut hadir adalah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib serta ahli lembaga pengarah Kumpulan Sawit Kinabalu.
— TAMAT
Add Comment