Home » KKIP Power bayar dividen RM3.14 juta
Berita Gagasan Rakyat Politik

KKIP Power bayar dividen RM3.14 juta

DIVIDEN: Hajiji menyaksikan penyampaian replika cek pembayaran dividen daripada Joseph (tiga kanan) kepada Phoong (tiga kiri) pada majlis ringkas itu.

KOTA KINABALU: KKIP Power Sdn Bhd membayar dividen sebanyak RM3.14 juta kepada syarikat induknya KKIP Sdn Bhd bagi tahun kewangan berakhir 2023.

Pengerusi KKIP Power, Datuk Dr Joseph Lee menyerahkan cek pembayaran dividen berkenaan iaitu sebahagian daripada dividen RM6.15 juta yang diisytiharkan oleh KKIP Power kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan yang juga Pengerusi KKIP Sdn Bhd Datuk Phoong Jin Zhe.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyaksikan majlis ringkas penyerahan bayaran dividen berkenaan di Menara Kinabalu di sini pada Rabu.

KKIP Sdn Bhd memiliki 51 peratus saham dalam KKIP Power Sdn Bhd.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi KKIP Power Datuk Tham Nyip Shen dan Ketua Pegawai Eksekutif KKIP Power Charles Dalansing.

— TAMAT