Home » SIE 2023 diadakan pada September 2023
Uncategorized

SIE 2023 diadakan pada September 2023

TERIMA KASIH: Hajiji (empat kanan) menerima cendera kenangan daripada Lee di sini, semalam

KOTA KINABALU: Expo Antarabangsa Sabah (SIE) akan membuat kemenculan semula pada tahun ini selepas mencapai kejayaan di sembilan penganjuran sebelum ini.


SIE kali terakhir diadakan adalah pada 2016, ia merupakan acara dwitahunan yang diadakan kerajaan negeri dengan kerjasama Persekutuan Industri Sabah (FSI), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) Cawangan Sabah dan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.


Pengerusi MICCI Sabah Datuk Lee Swi Heng berkata, acara tiga hari itu akan dijadualkan diadakan pada September depan.


Beliau berkata demikian ketika memaklumkan perkara itu kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di sini, hari ini.
 
SIE 2023 akan dimulakan dengan sesi International Business Luncheon Talk pada 21 September 2023 di Sabah International Convention Centre.


Hajiji dijangka akan merasmikan pembukaan SIE 2023 dengan 300 gerai pempamer akan mempamerkan produk serta perkhidmatan masing-masing dari sektor pertanian, pelancongan, perindustrian, teknologi hijau, minyak dan gas.

— Yap Siong Han