KOTA KINABALU: SMJ Energy Sdn Bhd menyumbang RM1 juta bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dalam kenyataannya hari ini memuji SMJ Energy kerana menyahut seruan kerajaan negeri agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut membantu mangsa banjir di negeri ini.
Katanya, sumbangan itu akan melengkapkan inisiatif kerajaan negeri dan Persekutuan dalam usaha membantu mereka yang terjejas akibat banjir.
Beliau berkata, dana berkenaan akan disalurkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah.
— TAMAT

























Add Comment