PAPAR: Yang Dipertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tusin menyertai ribuan orang ramai di rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan oleh Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar pada Ahad di sini.
Mengiringi mereka ialah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan Datin Seri Panglima Hajah Datuk Juliah Salag.
Setibanya Ketua Menteri, beliau yang diiringi oleh Armizan dan Ghulam menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf di pentas utama di luar dewan.
Sebaik saja Musa tiba, beliau diiringi Ketua Menteri menyerahkan sumbangan kepada 50 orang yang kurang berkemampuan di dalam Dewan SMK Pengalat.
Add Comment