Home » Ahli Gagasan Rakyat Tenom cecah 5,000 orang
Berita Gagasan Rakyat Berita GRS Politik

Ahli Gagasan Rakyat Tenom cecah 5,000 orang

Jamawi yang juga merupakan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Melalap berkata dengan adanya kerjasama berterusan, beliau yakin kawasan Melalap dapat dirampas oleh GRS semasa PRN akan datang dengan tidak mengira siapa sahaja terpilih untuk menjadi calon.

TENOM: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Melalap terus mendapat sokongan masyarakat dan kini keahliannya mencecah 5,000 orang dari pada 74 cawangan sejak bertapak enam bulan lalu di sini.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Melalap Datuk Jamawi Jaafar berkata persefahaman Gagasan Rakyat dengan semua parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam kawasan Melalap sangat baik dan sentiasa hormat menghormati.

“Saya berterima kasih kehadiran Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Martin Joannes dan pemimpin parti GRS Melalap dan Kemabong.

“Persefahaman seumpama ini diharap akan berterusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan bekerja sebagai satu pasukan tidak  kira siapa sahaja yang akan menjadi calon tiket GRS,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan pertama di kawasan Melalap di sini yang dihadiri 500 perwakilan termasuk Pemuda, Wanita dan Belia Wanis.

Jamawi berkata sekiranya kerjasama ini berterusan, beliau yakin kawasan Melalap dapat dirampas oleh GRS semasa PRN akan datang dengan tidak mengira siapa sahaja terpilih untuk menjadi calon.

Melalap kini diwakili pembangkang iaitu Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat atau (PKDM) Datuk Peter Anthony selepas menewaskan dua penentang utama Datuk Seri Panglima Radin Malleh bagi tiket PBS dan Jamawi bagi tiket Barisan Nasional (BN) pada PRN 2020.

Sementara itu, mesyuarat perwakilan terbabit mmembahaskan empat usul untuk mesyuarat agung tahunan pusat pada bulan hadapan antaranya berkaitan pembangunan pekan kecil Melalap dan menaik taraf Hospital Tenom.

Dalam pada itu Jamawi juga menerima tujuh lagi cawangan baharu menyertai Gagasan Rakyat Melalap dengan jumlah keahlian 221 orang.

— Vivi Olviana Najurus

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment