Home » Diplomat SIE2023 beri kunjungan hormat kepada Hajiji
Berita Gagasan Rakyat Berita GRS Politik

Diplomat SIE2023 beri kunjungan hormat kepada Hajiji

Hajiji menyampaikan cenderahati kepada Duta Thailand Lada Phumas (kiri) semasa kunjungan itu.

KOTA KINABALU: Duta negara yang menyertai ‘Sabah International Expo 2023’ (SIE2023) dan ‘Sabah International Business Luncheon Talk 2023’ (SIBLT2023) mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu di sini kelmarin.

Mereka ialah Duta Thailand Lada Phumas; Duta Qatar Salah Mohammed Al-Sorour dan Duta Zimbabwe Constance Chemwayi.

Ketiga-tiga negara berkenaan antara 21 negara yang menyertai SIE2023 dan SIBLT2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bermula 21 hingga 24 September ini.

Acara dwitahunan itu dianjurkan bersama oleh kerajaan negeri, Persekutuan Industri Sabah (FSI) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) Cawangan Sabah.

Objektif utama SIE adalah untuk menyediakan platform agar pempamer tempatan dan antarabangsa dapat bertemu, menjalin hubungan perniagaan dan mempamerkan produk dan perkhidmatan terkini daripada BIMP-EAGA secara khusus dan ASEAN amnya.

— TAMAT