Home » Gagasan Rakyat Tanjung Aru jamin teruskan program amal
Berita Gagasan Rakyat Politik

Gagasan Rakyat Tanjung Aru jamin teruskan program amal

PRIHATIN: Gagasan Rakyat Tanjung Aru akan secara konsisten meneruskan program amal.

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Tanjung Aru memberikan jaminan akan meneruskan program amal secara konsisten.

Ahli Jawatankuasa Gagasan Rakyat Tanjung Aru, Dr Ritchie Jay Cheng berkata, usaha itu boleh dijayakan dengan kerjasama sukarelawan Gagasan Rakyat Tanjung Aru.

“Kali ini kita melaksanakan sumbangan bakul makanan kepada isi keluarga  rumah pangsa kos rendah Tanjung Aru.

“Program itu adalah sebahagian daripada sumbangan mingguan yang konsisten bagi membantu komuniti di kawasan itu, terutamanya mereka yang  memerlukan sokongan.

“Program sumbangan bakul makanan ini bukan sahaja untuk membantu dari segi keperluan harian, tetapi juga sebagai tanda keprihatinan kami kepada penduduk di kawasan ini.

“Kami memahami cabaran hidup di bandar, khususnya bagi keluarga yang mempunyai anak kecil dan warga emas,” katanya.

Beliau berharap sumbangan itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban penduduk dan menjadi penghubung silaturahim antara Gagasan Rakyat Tanjung Aru dengan komuniti di kawasan itu.

— TAMAT