PUTRAJAYA: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Brunei Darussalam sempena Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia–Brunei (Annual Leaders’ Consultation/ALC) ke-26 di Kompleks Seri Perdana, Rabu.
Pertukaran MoU tersebut melibatkan bidang kesihatan antara kedua-dua negara dan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim.
Hajiji yang turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong, kemudiannya menghadiri Majlis Makan Tengah Hari yang dihoskan oleh Perdana Menteri.
ALC merupakan platform rundingan dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei bagi menilai kemajuan kerjasama yang sedia terjalin serta menyelesaikan isu-isu berbangkit.
Selain itu, pertemuan tahunan ini turut membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama, termasuk hal-hal berkaitan perkembangan serantau dan antarabangsa.
— TAMAT

























Add Comment