KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud, di pejabatnya di Menara Kinabalu, pada Selasa.
Kunjungan itu merupakan lawatan rasmi pertama Mustapha selepas dilantik ke jawatan berkenaan pada 16 Disember 2025. Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

Hajiji menyambut baik kunjungan tersebut dan menegaskan komitmen Kerajaan Negeri Sabah untuk terus memperkukuh kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan pelaksanaan dasar serta inisiatif pembangunan dapat dilaksanakan secara berkesan, menyeluruh dan berpaksikan kepentingan rakyat.
Beliau berkata hubungan erat antara kerajaan negeri dan persekutuan penting bagi menjamin kelancaran pelaksanaan projek serta program pembangunan, khususnya yang memberi manfaat langsung kepada rakyat Sabah. Turut hadir pada pertemuan itu ialah Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Grace Lee Li Mei.
–TAMAT

























Add Comment