Home » Hajiji terima kunjungan perpisahan mantan Pengarah SPRM Sabah
Berita GRS Politik

Hajiji terima kunjungan perpisahan mantan Pengarah SPRM Sabah

PERPISAHAN: Hajiji berbual dengan Karunanithy semasa kunjungan perpisahan di Menara Kinabalu.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih terhadap jasa Mantan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Karunanithy Subbiah sepanjang berkhidmat di Sabah.

Beliau menyampaikan ucapan itu semasa menerima kunjungan perpisahan Karunanithy di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini.

Kunjungan itu sempena pertukarannya ke tempat baharu selepas berkhidmat di Sabah sejak Mac 2019 dan dijadualkan akan memulakan tugasnya sebagai Pengarah SPRM Pulau Pinang mulai minggu ini.

Beliau akan digantikan oleh Datuk Mohd Fuad Bee Basrah sebagai Pengarah SPRM Sabah yang baharu.

Hajiji turut mendoakan kejayaan dan kelancaran tugasan baharu Karunanithy di Pulau Pinang.

— TAMAT