Home » Jelajah Destini SMJ himpun pemimpin dan anak muda di UM
Berita GRS Politik

Jelajah Destini SMJ himpun pemimpin dan anak muda di UM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali bersama barisan pemimpin Sabah pada Program Jelajah Destini SMJ Anak Muda Sabah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR:Program Jelajah Destini SMJ Anak Muda Sabah terus mendapat sambutan apabila Universiti Malaya (UM) menjadi tuan rumah edisi terbaharu yang berlangsung di ibu negara, Selasa lalu.

Program anjuran Institut Kerjasama Kerajaan & Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah itu menghimpunkan pemimpin bersama anak muda Sabah bagi mendengar aspirasi dan impian generasi baharu.

Datuk Armizan Mohd Ali menegaskan kerajaan komited mendengar aspirasi anak muda Sabah pada Program Jelajah Destini SMJ di Universiti Malaya

Hadir sama beberapa pemimpin Parlimen Sabah termasuk Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali; Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy; Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah; Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui; dan Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin.

Dalam ucapannya, Armizan menegaskan kerajaan serius mendengar suara rakyat, khususnya anak muda.

“We walk the talk”,  kerajaan benar-benar cakna dengan aspirasi anak muda Sabah,” katanya.

Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat, Senator Datuk Anna Bell @ Suzieana Haji Perian turut hadir memeriahkan Program Jelajah Destini SMJ Anak Muda Sabah di Kuala Lumpur.

Turut hadir, Senator Datuk Anna Bell @ Suzieana Haji Perian, Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah, yang mewakili kepimpinan wanita dalam menyokong inisiatif tersebut.

Aksara “pemimpin dan rakyat berpisah tiada” jelas tergambar dalam penganjuran ini apabila semua lapisan masyarakat disantuni. Program tersebut bukan sahaja medan interaksi, tetapi juga platform memperkukuh hubungan kerajaan dengan generasi muda Sabah di perantauan.

Jelajah Destini SMJ merupakan salah satu usaha berterusan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk mendekati golongan belia serta menjadikan mereka sebahagian daripada agenda pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Program ini memberi ruang kepada anak muda untuk menyuarakan pandangan secara langsung di samping menikmati peluang pertemuan bersama barisan kepimpinan negeri. Ia turut menyaksikan sesi perkongsian mengenai dasar pembangunan belia, hala tuju ekonomi dan keutamaan pendidikan yang disediakan kerajaan negeri.

Dengan penglibatan aktif anak muda, Jelajah Destini SMJ terus menjadi simbol keterangkuman kepimpinan Sabah , membuktikan semangat bahawa pemimpin dan rakyat berpisah tiada.

TAMAT