Home » Warisan dakwa Legasi, Arthur kata rakyat tidak mudah tertipu
Berita GRS Politik

Warisan dakwa Legasi, Arthur kata rakyat tidak mudah tertipu

Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Arthur Sen

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Arthur Sen menolak dakwaan Parti Warisan bahawa kejayaan Sabah hari ini adalah hasil “legasi” pentadbiran terdahulu, sebaliknya menegaskan pencapaian negeri adalah berkat dasar kukuh serta pengurusan ekonomi berhemah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Mudi Dubing, yang mendakwa hasil negeri sebanyak RM7 bilion serta rizab RM8.7 bilion pada 2024 adalah warisan kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal .

“Lucu bila Warisan mahu menuntut kredit. Semasa Shafie jadi Ketua Menteri, hasil negeri merosot ke RM4.2 bilion manakala rizab jatuh tinggal RM3.2 bilion. Itukah yang dipanggil legasi?” katanya kepada  wakil media Warta Oriental, semalam.

𝐒𝐒𝐓 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐖𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐌𝐚𝐭𝐚:
Arthur menjelaskan, Warisan sering mendakwa Cukai Jualan Petroleum (SST) sebagai pencapaian mereka, namun hakikatnya usaha itu bermula sejak 2014 melalui kajian “State Sales Tax Study” oleh Kementerian Kewangan Sabah.

“Perwartaan hanya berlaku pada 2018, tetapi Petronas hanya mula daftar dan membayar selepas GRS mengambil alih pada hujung 2020. Fakta jelas menunjukkan GRS yang merealisasikan hasil SST ini, bukan Warisan,” tegasnya.

Beliau turut mengingatkan kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Dewan Undangan Negeri bahawa SST adalah hasil usaha panjang penjawat awam negeri, kerajaan negeri sejak 2014 dan persetujuan Kerajaan Persekutuan.

“Kalau mahu beri penghargaan, ia mesti kepada semua pihak yang terlibat sejak awal. Jadi kenapa Warisan cuba mencuri kredit seolah-olah itu semata-mata jasa mereka?” katanya.

“𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝙏𝙖𝙠 𝘽𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣 𝘼𝙣𝙜𝙠𝙖?”:
Mengulas sindiran Warisan kononnya rakyat “tidak boleh makan angka,” Arthur menyifatkannya sebagai cubaan mengalihkan perhatian daripada kegagalan mereka ketika berkuasa.

“Memang rakyat tidak makan angka, tetapi rakyat pun tidak boleh hidup dengan janji kosong. Zaman Warisan, masalah air, jalan berlubang dan bekalan elektrik terputus masih berleluasa.

“Sebaliknya di bawah GRS, hasil negeri disalurkan untuk bajet pembangunan , RM729 juta bagi air, RM1.34 bilion untuk jalan dan jambatan, serta ratusan juta bagi pendidikan dan biasiswa,” katanya.


𝙋𝙞𝙣𝙟𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙍𝙈300 𝙅𝙪𝙩𝙖 𝘼𝙞𝙧𝘼𝙨𝙞𝙖 𝘿𝙞𝙥𝙚𝙧𝙨𝙤𝙖𝙡:
Arthur turut mengkritik keputusan Warisan menggunakan Sabah Development Bank (SDB) untuk memberi pinjaman RM300 juta kepada AirAsia semasa pandemik Covid-19.

“Pada ketika rakyat susah kerana Covid-19, Warisan memilih memberi pinjaman ratusan juta kepada syarikat penerbangan. Itu bukan keputusan strategik yang bijak, dan inilah fakta, bukan cerita kosong,” katanya.


𝙂𝙍𝙎 𝙆𝙪𝙠𝙪𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙋𝙚𝙜𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙈𝙞𝙣𝙮𝙖𝙠 & 𝙂𝙖𝙨:
Menurut Arthur, GRS membawa transformasi besar apabila berjaya memperoleh pegangan langsung dalam sektor minyak dan gas , termasuk 50% Samarang PSC, 25% SAMUR, 10% LNG9, 25% ZLNG serta perancangan pegangan 40% dalam PFLNG1.

“Warisan hanya tahu menuntut kredit atas usaha kerajaan sejak 2014, tetapi GRS yang berjaya membawa Sabah menjadi pemilik dan pemegang ekuiti sebenar dalam industri minyak dan gas,” katanya.


“𝙇𝙚𝙜𝙖𝙨𝙞 𝙒𝙖𝙧𝙞𝙨𝙖𝙣 𝙃𝙖𝙣𝙮𝙖 𝙅𝙖𝙣𝙟𝙞 𝙆𝙤𝙨𝙤𝙣𝙜”:
Arthur menyifatkan dakwaan Warisan bahawa kejayaan kini adalah “legasi Shafie” sebagai bahan ketawa rakyat.

“Rakyat tahu, legasi sebenar Warisan hanyalah SDB memberi pinjaman RM300 juta kepada AirAsia semasa pandemik, Pas Sementara Sabah (PSS) dan janji-janji palsu.

“Sebaliknya, GRS yang memulihkan, memajukan serta menggunakan hasil negeri untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.


— TAMAT

About the author

Elle ABT

Add Comment

Click here to post a comment