KOTA MARUDU: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) merangkap Timbalan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Redonah Bahanda, hadir memeriahkan Program Ziarah Kariah Santunan Kasih anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bersama Badan Dakwah Daerah Kota Marudu di Surau Al-Hanif, Langkon, pada Ahad.
Program berkenaan menghimpunkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, badan dakwah, pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat setempat dengan matlamat memperkukuh ukhuwah Islamiah di samping memperkasakan peranan institusi masjid dan surau dalam komuniti.

Antara yang hadir ialah Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kota Marudu merangkap Pengerusi Badan Dakwah Daerah, Tn. Marak @ Hassan Bin Libau, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Kota Marudu, Ustazah Suraya Binti Salin, wakil-wakil NGO termasuk YADIM, USIA, KDMRS, Pusat Zakat, JAKIM serta para imam kariah dan rawatib.
Redonah dalam keterangannya menekankan kepentingan program seperti ini dalam memupuk semangat kebersamaan, memperkukuh nilai kekeluargaan dan mengeratkan hubungan masyarakat dengan institusi agama.
“Ziarah kariah bukan sahaja menguatkan iman dan ukhuwah, tetapi juga menjadi platform untuk kita saling menyantuni serta memperkukuh perpaduan masyarakat,” katanya.
— TAMAT

























Add Comment