KERAJAAN Sabah telah menubuhkan pasukan pakar khas untuk menyelesaikan masalah bekalan air masin di Sandakan.
Adun Karamunting George Hiew Vun Zin berkata beliau telah bertemu dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi menyuarakan masalah bekalan air masin di Sandakan, yang mana Hajiji berjanji akan mengambil tindakan segera.
“Ia adalah tugas pertama saya (selepas meninggalkan Parti Warisan untuk menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah [Gagasan Rakyat] Hajiji pada 4 Mac) ketika bertemu dengan Hajiji, untuk memberitahunya mengenai bekalan air masin di Sandakan, yang telah menjejaskan rakyat selama tiga bulan.
“Datuk Seri Hajiji memberi jaminan akan menyelesaikan masalah itu secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.
Hiew berkata Ketua Menteri telah mengarahkan penubuhan pasukan khas pakar untuk membantu menyelesaikan masalah itu dengan segera.
Bekalan air di Sandakan dirawat di Loji Rawatan Air Segaliud, tetapi laporan mendakwa kualiti bekalan air terjejas oleh kesilapan manusia dan perubahan iklim.
“Saya percaya pendekatan menyeluruh diperlukan untuk menyelesaikan masalah ini dan memastikan penggunaan air yang mampan,” tambahnya.
— HE EDITOR
Add Comment