Home » Peringatan menyentuh hati kepada wira gugur Tanduo warnai sambutan Hari Pahlawan
Berita GRS Politik

Peringatan menyentuh hati kepada wira gugur Tanduo warnai sambutan Hari Pahlawan

MELAWAT: Musa diiiringi Hajiji dan Jauteh semasa membuat tinjauan di Muzium Polis Sabah.

KOTA KINABALU: Satu penghormatan menyentuh hati kepada wira-wira negara yang terkorban  dalam insiden pencerobohan Tanduo 2013 telah mewarnai sambutan Hari Pahlawan peringkat  Negeri Sabah 2025 yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Negeri di Kepayan hari ini. 

Sambutan tersebut disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Musa Aman, diiringi oleh  Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor. 

Upacara bermula dengan pemeriksaan perbarisan kawalan kehormatan oleh Tun Musa, diikuti  dengan upacara menaikkan bendera kebangsaan dan negeri, tiupan Last Post dan bacaan doa  selama 30 saat bagi mengenang jasa para wira yang telah gugur. 

Tun Musa dan Ketua Menteri, bersama-sama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun,  turut melawat Muzium Polis Sabah dan gerai pameran pasukan keselamatan. 

Hari Pahlawan disambut setiap tahun pada 31 Julai bagi menghargai jasa dan pengorbanan  pasukan keselamatan Malaysia dalam mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara. 

–Tamat