KOTA KINABALU: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Darau, Datuk Mohammed Razali Razi, mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan isu-isu panas di media sosial sehingga boleh menjejaskan perpaduan masyarakat.
Beliau berkata, sempena sambutan Hari Kebangsaan, masyarakat perlu memberi tumpuan kepada objektif kebersamaan dan tidak melupakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
“Pada Hari Kebangsaan ini, jangan sampai kita terpesong dengan isu remeh sehingga mengabaikan tanggungjawab kita. Perpaduan lebih besar nilainya untuk Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Pengagihan Jalur Gemilang anjuran Gagasan Rakyat Darau dan Karambunai di Tamu Manggatal, hari ini.
Hormat & Toleransi Budaya Sabah
Mengulas mengenai isu bendera di Semenanjung baru-baru ini, Razali menegaskan masyarakat Sabah menekankan nilai hormat dan toleransi antara kaum sebagai asas perpaduan.
“Dengan pengamalan nilai moral ini, perpaduan dalam kalangan masyarakat dapat dicapai. Inilah cara kita di Sabah meraikan kepelbagaian. Saya boleh katakan bahawa masyarakat Sabah adalah ‘true Malaysian’,” katanya.
Kehadiran
Turut hadir pada program itu ialah Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Karambunai, Datuk Arshad Idris, serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Darau, Abqaree Fawwaz Abekan.
— TAMAT

























Add Comment