Home » Program Sahur Mega rapat hubungan silaturahim
Berita GRS Politik

Program Sahur Mega rapat hubungan silaturahim

SERAH: Redonah menyampaikan sumbangan kepada Jainab di Masjid Nurush Syifaa Kg Ongkilan, Kota Marudu.

KOTA MARUDU: Biro Hal Ehwal Wanita Masjid Nurush Syifaa Kampung Ongkilan, Kota Marudu telah menganjurkan program Sahur Mega menyediakan juadah sahur yang dirasmikan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Redonah Bahanda.


Redonah berkata beliau sangat teruja kerana dapat bersahur beramai-ramai dan solat berjemaah dan jarang sekali diadakan di peringkat kampung.

 
Katanya sedikit sebanyak, mengembalikan perasaan beliau ke zaman kanak-kanak semasa remaja ketika menyambut Ramadan di kampung halaman dahulu.


“Semasa kita zaman kanak-kanak ia sebagai sejarah apabila kita merungkai semula mengingatkan betapa susahnya kita bangun untuk bersahur.

 
“Ibubapa kita terpaksa berkali-kali mengejutkan kita untuk bangun. Alhamdulillah, atas didikan dan pengalaman demikian, serta atas keinsafan sendiri maka apabila dewasa maka bangun awal untuk bersahur dan mengerjakan solat subuh itu akan lebih teratur dan istiqamah. Apa ertinya semua itu, saya menyimpulkan ia adalah didikan Ramadhan yang saban tahun kita harungi,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa program Sahur Mega di Masjid Nurush Syifaa Kg Ongkilan Kota Marudu pada Sabtu lepas di sini.


Turut hadir Jainab Mahmood; Ketua Biro Hal Ehwal Wanita Masjid, Nurush Syifaa Kg Ongkilan serta jawatankuasa program.


Tambahnya, aktiviti Sahur Mega yang dianjurkan itu membawa banyak kebaikannya khususnya kepada masyarakat setempat.


Jelasnya, ia memberi ruang kerjasama ahli kariah setempat semasa membuat persiapan sahur selain menjalin silaturahim dalam kalangan masyarakat.


Dalam masa yang sama, ia juga memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk menikmati juadah seadanya oleh pihak penganjur.


“Ia satu ilmu yang perlu dimanfaatkan kerana generasi muda adalah tonggak kepimpinan masa depan baik peringkat tinggi apatah lagi diperingkat kampung. Kita melentur buluh biarlah dari rebungnya,” katanya.

— Kenneddy Corlleus

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment