KOTA MARUDU: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) merangkap Timbalan Ketua Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Redonah Bahanda, meneruskan agenda turun padang melalui Program Ziarah Sayang dengan menziarahi sembilan buah keluarga di Kampung Marudu Laut, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kunjungan pertama, beliau menyampaikan bantuan kepingan zink kepada sebuah keluarga yang memerlukan bagi tujuan pembaikan rumah. Sumbangan itu diharapkan dapat meringankan beban serta memberi keselesaan kepada keluarga terbabit.
Lawatan kemudiannya diteruskan ke lapan buah rumah lain, di mana Redonah beramah mesra dengan penduduk, mendengar pandangan serta meneliti harapan mereka secara langsung.

“Saya mendoakan agar semua keluarga yang diziarahi dikurniakan kesihatan, ketabahan dan keberkatan dalam kehidupan seharian. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan oleh Allah SWT,” katanya.
Program ini mencerminkan pendekatan kepimpinan mesra rakyat yang diamalkan Redonah, yang sentiasa komited mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
— TAMAT

























Add Comment