Home » Shahelmey dijangka pertahan Tanjung Keramat atas tiket GRS
Berita GRS Politik

Shahelmey dijangka pertahan Tanjung Keramat atas tiket GRS

Adun Tanjung Keramat Shahelmey Yahya (kemeja biru) bersama Pengerusi GRS Hajiji Noor (kemeja batik) pada satu majlis di Putatan .

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Keramat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, dijangka bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

“Dia akan ikut kami,” katanya ketika ditanya mengenai kedudukan Shahelmey, lapor Berita Harian.

Shahelmey, yang juga Ahli Parlimen Putatan, digantung keahlian oleh Umno sejak Mac 2023 kerana tidak sehaluan dengan ketetapan parti berhubung usaha menjatuhkan Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, sebelum ini dilaporkan tidak akan mencalonkan semula Shahelmey.

Bagaimanapun, Hajiji menyatakan keyakinan bahawa Shahelmey mampu mempertahankan kerusi Tanjung Keramat.

“Apa sukar, tatap menang punya. Dia masih Adun, dia juga Ahli Parlimen,” katanya.

— TAMAT