Home » Tuduhan terhadap Ketua Menteri tidak berasas: Nizam
Berita GRS Politik

Tuduhan terhadap Ketua Menteri tidak berasas: Nizam

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Haji Nizam Bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menyifatkan tuduhan beberapa pihak terhadap Ketua Menteri adalah tidak berasas.


Katanya, dakwaan mereka yang mempertikai komitmen Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dalam memerangi rasuah, jelas bersifat politik yang bertujuan mengaburi mata rakyat memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semakin hampir.


“Sejak menerajui kepimpinan negeri, Ketua Menteri telah memperkenalkan pelbagai langkah reformasi pentadbiran yang berteraskan prinsip integriti, akauntabiliti dan ketelusan serta pemantauan kewangan yang lebih ketat.


“Perlu ditegaskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan entiti bebas yang bertanggungjawab menyiasat kes-kes rasuah.


“Kerajaan Negeri pimpinan Ketua Menteri tidak pernah mencampuri proses siasatan, malah memberi kerjasama penuh kepada apa jua tindakan yang diambil oleh agensi berkenaan,” katanya.


Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, serangan terhadap Ketua Menteri bukan sahaja berniat jahat, malah mencerminkan motif politik pihak parti pembangkang tertentu di Sabah yang cuba mencari ruang untuk kembali relevan setelah rakyat mengetahui modal politik sempit yang ditawarkan mereka.


“Rakyat Sabah sudah menyedari akan permainan politik sempit ini, mereka tidak mahu kembali ke era lama Sabah.
“Berbanding dengan retorik politik murahan, pentadbiran Hajiji memilih untuk fokus kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.


“Tindakan terhadap salah laku akan diambil berdasarkan fakta dan proses undang-undang, bukan atas desakan politik,” katanya sambil menambah Ketua Menteri akan terus memimpin dengan integriti dan tidak akan tunduk kepada tekanan pihak yang hanya mahu menangguk di air keruh.

— TAMAT

About the author

JABT

Add Comment

Click here to post a comment